CORETAN TERBARU NADH

Cari jodoh

Seharian aku keluar mencari hati yang hilang. Alhamdulillah jumpa separuh. Jadi ada kudrat nak karang entry baru. Aku teringat sahabat aku ada nasihat. Kalau nak cari jodoh janganlah dari alam maya.

Bahaya katanya. Tengok pengalaman aku sendiri. Ya aku setuju 50% je. Sebab manusia mana pernah serik. Lagi ditegah lagi buat. Yang mana rasa bahaya yang tu dicari dulu. Perkara yang mendatangkan dosa lagi ramai orang mengejar.

Kat luar ramai manusia yang boleh dijadikan calon. Tengok muka kat cermin. Ada ke orang nak? Haha tak rendah diri pun. Saja mata meliar mencari jodoh. Dengar kata member apa salahnya kalau tak mendatangkan dosa.

Ada sorang. Muka comel. Kerja bagus. Rasa layak digelar ustaz. Tapi bukan ustaz yang mengajar. Tapi tengok latar belakang keluarga buat aku tolak. Bukan apa. Cari jodoh bukan senang. Bila kahwin kita kena kahwin dengan seluruh kerabat. Kalau tak ngam susahlah kemudian hari.

Tu yang nampak dalam realiti. Yang maya susah jugak. Kena tengok secara langsung jugak. Jadi tak salah alam maya. Cuma hati-hati memilih. Sebab realiti ke maya kalau suami kita kaki penipu sama je kesan buruknya. Apapun korang carilah yang sepadan dan solat istikharah. Mintak petunjuk. Tu yang terbaik kan? Selamat malam;-)

Ps: Mungkin dia tak ingin didedahkan identitinya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

aimie amalina said...

huuuuuu
dh penah p umah tok dah
hehehe
main dgn anak buah atok
kikiki
kak ngaaaahhhh..nk tido dh ke?
heee
nuunite!

tamlegend said...

yang penting jodoh tu tak dtg bergolek...kena usaha mencari...diri sendiri dlu kena jadi baik kalo nak jodoh y baik...

cik pulau said...

masih mencari jodoh~~
lalala~

ubi said...

dah bertemu la tu..hehe,

JIJI YU said...

aku...alhamdulillah

FaKArePa!n said...

heheh..dh jumpa..

SoLy SoLicious said...

nak carik jodoh jugak.hee

KaK LimAh Si SupiR said...

dunia realiti atau dunia maya, mane2 j kite blh bertemu jodoh..tp, jgn smpai tertipu :)

dayah aziz said...

bila la jodoh nk sampai....;)

msredcheesecake said...

kalau nak pikir dia ni jodoh terbaek ke sampai bila pun tak kan tahu.... kena try je,mohon pertolongan Dia...

H.J said...

erk...separuh lg tak jumpa eh?

kiera'sakura said...

smoga menjadi rusuknya,, amin

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers