CORETAN TERBARU NADH

Nak anak kembar

Dulu aku suka berangan nak anak kembar. Lagi-lagi kembar seiras. Comel je tengok. Tapi bila rumah dah jadi nurseri. Aku kena fikir banyak kali. Haha payah jaga anak seorang. Ni dua lagi payah. Tak naklah anak kembar. Huhu

Pening nak melayan dua baby. Satu 3 hari satu dah 3 minggu. Wah belum masuk si Ecah yang dah dua tahun. Amboi bising rumah. Bersahutan tangisan. Memang susah hati ibu-ibu berpantang.

Ingat senang ke nak ada baby? Nak bersalin sakit yang teramat. Nak berpantang. Nak uruskan baby. Nak susukan. Nak mandikan. Dahlah kecik. Risau je nak pegang. Aku tak tahu kenapa ada yang tergamak bunuh baby sendiri.

Wahai anak besarnya pengorbanan ibumu. Hargailah mereka. Sebab dari anda dalam perut lagi ibu bagi kasih sayang. Jangalah mengabaikan tanggungjawab seorang anak. Yang penting mampukah kami 7 beradik jaga seorang ibu? Renungkan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

sergeant keroro said...

Nak anak kembar dengan cikgu

Umie Artoqiemie said...

pengorbanan ibuuu tak ternilai :’)

.fariizza. said...

anak yg ramai tak semestinya dpat jaga ibu yg sorg kan :')

aimie amalina said...

hmmmm
butul2

syg ibu kan kak ngaaahhh
tapi opah nk anak kembor gak
kekeke

Sunah Sakura said...

kalo Allah da bagi, redha dan hargai...

Cik Lia Lomi said...

redha sahajalah anak kembar mahupun seorang, ye dak?

syakey said...

insyaAlah semua akan menjaga ibu :)

FaKArePa!n said...

boleh dah start merancang keluarga ni.. huhu

maszull said...

assalamualaikum iffah...kalau ada rezeki mesti dapatkn...:)

cik pulau said...

ehmm... ai suka je tgk anak kembar..
tapi tak pernah la plak nak anak kembar..huhu

fRaMe+LenSeS said...

kalau yang lain Nadh tak pasti. tapi kalau jiran Nadh ni Nadh yakin mampu. :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers