CORETAN TERBARU NADH

Oh lirik

Ehem hari ni aku nak kongsi pasal lirik lagu. Tetiba rindu nak dengar ceramah Ustaz Kazim. Sekarang orang tengah syok tengok ceramah Ustaz Azhar. Ada satu ceramah beliau tentang lirik.

Sampai sekarang terlekat kat otak. Dia kata hiburan tu boleh tapi jangan melampau sampai lupa tujuan hidup. Lagi satu dia tegur lirik yang kita nyanyi adakalanya mendatangkan dosa walaupun tak berniat.

Semalam aku berlatih koir. Lagu Ku punya hati, Sudirman. Meh aku kasi lirik sikit. Korang biasa dengar punya.

Tidak ku pinta lahir di dunia
Tidak ku minta cacat begini

Tengok. Apa yang tak kena? Seolah-olah menyalahkan takdir yang menjadikan dia cacat dan sebagainya. Jadi secara tak sedar, kita yang nyanyi pun mengundang dosa. Tu pendapat Ustaz Kazim.

Bila aku rujuk dengan kawan aku. Dia kata kes macam ni selalunya khilaf. Banyak sangat perbezaan pendapat. Bergantung dengan niat. Kalau niat kita untuk menyalahkan takdir. Memang salahlah.

Macam menyanyi di khalayak. Kalau perempuan memang suaranya aurat. Tapi bila koir, ramai. Jadi koir perempuan tak jatuh hukum haram. Sebab banyak suara yang ada. Tak dapat teka suara siapa.

Jadi para ustaz dan ustazah ada pendapat lain? Pendapat aku kalau boleh elak baik dielakkan. Banyak lagi lagu yang sesuai. Korang rasa?

Ps: Dia suka nyanyi tak?
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

aimie amalina said...

hurmmm.
betolll
dah la opah suke nyanyi2,
haiyoooo..~

FaKArePa!n said...

kena lbih alert la pasni..

KaK LimAh Si SupiR said...

uihhhh..xpenah terpikir p0n pasal lirik lagu ni

msredcheesecake said...

Tak sedar nyanyi pun bule jadi tak baik.... Kena hati2 ngan lirik lagu...

yen(toka ziizokukuto) said...

nice,,terima kasih kerana berkongsi ,,:) nice blog

fRaMe+LenSeS said...

byk menda sebenarnya. sebab tu bila ALLAH kat atas sekali. banyak yang terjaga..

mas saari said...

yg penting kita buat sesuatu tu kerana Allah...

aimie amalina said...

ooo kak ngah
opah pon x taw betol ke yg comeii tu
akak tu yg ckp
adat owg kg deme kot

nor atikah amir said...

salam ipah, dr apa yg aku dgr..hukum menyanyi koir tu harus.dr hukum harus, boleh membw kpd haram. cth : makan, hukum makan tu harus. tp, bila berlebih-lebihan smpi ko kenyang smpi malas nk beribadah,jdlah dosa. nak mentakwilkan hukum tu harus, haram, agak sukar sbb kita byk mazhab, bila byk mazhab ada sstgh pkr ia menjadi khilaf. knp koir tu harus. sbb.di nyanyikan dlm satu kmpln yg mempunyai variasi suara.rmi penyanyi, n kita tak kenal sape penyanyi scr khusus dan kita takkan dpt dgr suara wanta tersebut scr khusus/perseorangan. adapun, jika suara itu dilengak-lenggokkan adlh haram, kerana ia akn menimbulkan penyakit hati, dlm surah an nisa ade terangkan ayat ni.(jgnlah kamu melembutkan suara pada lelaki ajnabi kerana mereka mempunyai penyakit hati),lebih krg mcm tu la ayatnya. berkaitan lirik, mgkn bila terlalu hiperbola (berlebihan) ia akan jatuh hukum haram.lirik ini tidak menyalahkan tuhan, cuma itu luahan rs hati, bila org berckp ttg kecacatan dia,dia cm luahkan bkn dia yg pinta lahir begini. cth lagu hiperbola ni mcm lirik2 lagu mengagungkan cinta manusia melebihi cinta Allah. byk lagu cinta ghupe gitu.cth,kwn aku bg : lagu spider, ntah ape namenya. tp,kdg2 aku suka gak nyanyi lg tu.haha..yg pntg ,niat..hukum yg pntg niat pon, tgk jgk pd apa yg kita lakukan,klu dah sah2 haram, dikatakan yg pntg niat..itu salah..wallahualam, maaf, diri ku ini tidak sempurna.haha..:)

merahitujambu said...

lagu sekarang kadang2 terpesongkan

Jer ... said...

saye rasa pun camtu , elok nyanyi lagu lain ( saye tak suke sangat pun lagu tu :P

sergeant keroro said...

baru tahu..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers