CORETAN TERBARU NADH

Berkorban apa saja

Uih tetiba teringat lagu Arwah P.Ramlee. Malam yang dingin ni buat aku ada mood nak menulis. Harap korang dapat sesuatu dari entri kali ni. Lama tak menulis dari hati macam selalu rasanya. Kekok je ni.

Sejauh mana korang faham pasal korban? Apakah korang dah korbankan sesuqtu untuk keluarga? Agama? Atau sebenarnya korbankan untuk pakwe atau makwe. Itulah yang biasa aku dengar. Jangan nak kata oranglah.

Bila korban je masti fikir raya haji. Itu je yang korang tahu eh? Selalu sebut cinta memerlukan pengorbanan. Ya cinta kepada pakwe atau makwe. Contohnya, pakwe merajuk. Kau pujuk konon sayang sangat.

"Sayang janganlah merajuk macam ni. You tahukan I sayang you," Makwe memujuk.

"You selalu cakap macam tu. Tapi tak pernah nak buktikan,"

"Eh silap besar tau. You tahu I sayang you sangat-sangat. Demi you, I sanggup korbankan segalanya,"

"Segalanya? Betul ni?" Syaitan bertepuk riang. Nafsu melebihi segala.

Itu yang dikatakan korban? Pengorbanan maruah demi cinta manusia yang tak tahu penghujungnya? Macam tu kau kata kau faham pengorbanan tu apa? Bila cinta manusia laju je kau kejar. Tapi cinta dengan Pencipta?

Bila orang nak bercinta dengan Allah kita kena ikut perintahNya. Susah bukan? Contoh solat lima waktu. Aku solat cukup, tapi aku suka bergaya. Aku tak suka pakai tudung. Rimas. Dia pulak harap je jaga aurat tapi solat mana pernah cukup. Teruk betul.

Bila nak berubah sibuk fikirkan kata orang. Tu dah biasa. Kau solat pun belum penuh, ada hati nak pakai purdah segala. Apa hak diorang nak mengata? Kita ni nak bercinta dengan Tuhan kita. Memang solat tak terjaga tapi sekurangnya kita nak buat perintah yang lagi satu. Bukan kita pilih ibadah. Cuma step by step perubahan tu.

Jadi bila nak bercinta dengan Allah banyak kita kena korbankan. Apa yang dilarang semestinya kita kena tinggalkan. Korbankan keinginan kita. Korbankan keseronokan kita. Tekadkan hati bila berubah. Tutup aje telinga bila mendengar kata-kata orang.

Yang penting pengorbanan demi cinta Allah kan menjanjikan kebaikan. Demi cinta manusia kau yang akan merana. Tapi cinta manusia demi mencari cinta Allah di landasan yang betul adalah terbaik. Jom kita berkorban!

Ps: Dia baik. Aku pasti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 comments:

aku_azreen said...

pengorbanan itu satu kepahitan untuk mencari kemanisan iman..aiseh!!

ijA said...

berkorban untuk diri sendiri...

aimie amalina said...

hurm
terlalu byk bende yg kene dikorbankan
hurm3..kan kak ngahhh...

maszull said...

assalamualaikum iffah...moga mendpt keberkataan dr korban yg dilakukn...
korban yg mana ek...heheheh...:)

Rozuan Ismail said...

berkorban biar bertempat jangan sampai maruah dan akidah tergadai

Naniey TJ said...

knp ad yg solat 5 wktu shari ttp kmungkaran ttp dilakukn n knp pla ada yg sblknye ttp sltnye xprnh ckp???? jd adakh kedua2 amalan mkhluk sbgini d trime olh Allah??? kne tnye ustd jiji ni.......

tp mak aq prnh kte, org yg bgini krn dia hnye thu b'solat tp xthu apa mksd di sblk makna bacaan dlm solat..... x m'hayati.... n juga x thu knp Allah wajibkn manusia b'ibadat kpdNya.... sbb dr kcik mak ayh srh solat n kte ank2 ptuh jew smpi bsr...spttnye ble da bsr crilah sbb knp kte dwjibkn solat 5 wktu..fahami btl2 bacaan dlm solat..hyati btl2...

skdr pndpt....

reenapple said...

Kadang-kadang nak dapatkan sesuatu kena korbankan sesuatu...

Jerr said...

sacrifie , sacrifie ,sacrifie ... fake ~ haha .

fRaMe+LenSeS said...

bukan mudah. tapi cam orang melayu kata, alah bisa tegal biasa, :D tak cuba tak jadi. :D kan?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers