CORETAN TERBARU NADH

Dosa semalam

Itula tajuk teater kami. Tugasan untuk semester ni memang mencabar. Tapi budak-budak ni dah buat yang terbaik. Aku tak dapat bantu apa-apa. Sedih pulak. Tak dapat join. Nak jadi pelakon pembantu pun tak layak.

Berdasarkan entry lepas. Aku ada cakap pasal teater kumpulan lain. Teater kami Dosa Semalam. Sejujurnya aku suka yang ni. Sebab sepanjang diorang berlatih aku tengok. Aku jadi penonton. Yang pasti setiap kali tu aku terhibur. Tahniah!

Dosa semalam mengisahkan tentang Mira. Orang berada tapi kurang kasih sayang. Emaknya kaki clubbing. Senang cerita keluarga yang tak mengamalkan ajaran agama Islam. Mira masih bersekolah.

Dia mempunyai pakwe bernama Daniel. Mereka kenal melalui muka buku. Masa ni lagu muka buku dinyanyikan geng koir kami. Lepas tu ada adegan percintaan. Diselitkan lagu dan tarian. Ramai teruja. Itu aku suka.

Mira nekad nak kahwin dengan Daniel dan keluar dari rumah. Maknya halang tapi tak berjaya. Sampai disco Daniel nak serahkan dia kat Mat Jambu. Mira tetipu dan terbiar di lorong sunyi. Sampailah nampak kelibat Daniel dengan perempuan lain.

Masa tu lagu kembara di tanah gersang dinyanyikan. Sedih kot. Jumpa ustazah dan dia belajar solat taubat. Taubat nasuha. Masa tulah dia dapat tahu dia mengandung. Akhirnya, Mira pulang dan minta maaf dengan maknya.

Bagi aku cerita ni klise. Tapi apa yang nak disampaikan jelas. Memang tu yang sedang melanda anak-anak muda sekarang ni. Apa peranan mak ayah? Guru? Diri sendiri? Jangan biarkan diri terjebak dengan kegiatan sebegini. Ini namanya jodoh dari syaitan. Hati-hatilah semua. Aku ingatkan diri aku jugak. Berhibur sambil muhasabah kan baik?

Ps: Harap dia bukan mat romeo.
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

Suhaili Sarif said...

da lama x berlakon
rindunyaaaa

fRaMe+LenSeS said...

setuju.. beshnya. jgn lupa bagi nadh tgk tau.. :D

aimie amalina said...

ai likeee!
tingin nak tengok
huhuhuhu
dgr kak ngah cite pon cm besshhhh..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers