CORETAN TERBARU NADH

Suka cerita pasal nikah

Tapi tunggu dulu. Memang aku suka cerita. Tak semestinya aku dah gatal nak menikah. Bila sebut nikah je orang tak senang duduk. Bagi aku alam perkahwinan bukan perkara mudah seperti ABC.

Bagi yang cukup ilmu agama di dada mungkin akan perkara tu senang. Tapi yang masih terkial-kial membaca al Quran? Contoh lelaki. Nak jadi imam kepada isteri kena sempurna rukun solatnya. Sediakah anda jadi imam terbaik?

Takut? Dah tu bila lagi nak sediakan diri? Kalau nak nikah sebab nak seronok baik hentikan niat. Nikah bukan lesen untuk korang enjoy. Boleh halalkan yang haram sebelumnya. Ingat sama-sama dengan orang lain dalam satu bumbung sangat tak mudah.

Walau dah kenal berpuluh tahun, bila dah ada satu bumbung banyak lagi benda yang kau tak tahu. Masa tulah macam-macam hal jadi. Masa tulah kata menyesal kahwin dengan you. Blah blah blah.

Memang mempercepatkan nikah baik. Tak ada salahnya. Cuma sediakan mental dan fizikal tu. Macam adik aku. Pasal agama aku tak bimbang. Aku tau dia boleh jadi isteri dan ibu yang baik. Tapi pasal pengurusan rumah tangga? Banyak lagi dia kena belajar. Sorry dik. :-P

Misal kata memasak. Sebelum kahwin kata tak kisah tak pandai pun. Nanti boleh belajar. Bila dah kahwin? Bising makanan tak sedap. Tak menepati selera. Jangan ingat orang yang kita kenal tu dah betul-betul kenal sebab banyak lagi perkara tersembunyi.

Jadi, sebelum nak nikah sediakan diri dulu. Kalau dah yakin, silakan. Tak ada orang halang. Jangan sebab terlalu mengejar pahala mendirikan masjid kita lupa perkara asas untuk dirikannya. Takut tak cukup simen masjid kita runtuh lepas bina. Fikirkan.

Ps: Dia lambat lagi nak nikah ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

Kalamhati said...

btul tu iffah..
dan nk cari yg btul2 buleh jd imam ni la payah ni..huhu

rahel said...

Tulunnnn..

Rtp Farra Arisha said...

marriage need sacrifice. and all things in marriage needs sacrifice ;)
so, it will be very easy someone has complete all the important things of marriage. ;)

btw, i LIKE you points. keep it up sis!

cik pulau said...

ai setuju..
rasanya ai belum bersedia dari segala-galanya...huhuhu

JIJI YU said...

aku dah sedia dah

Cik Tetra said...

hahaha..betul tuhh..kena bersedia kot..nti bile dah kawin tak tau ape2..sape nk jawab.. :)

K O R I E said...

hehe. korie sokong entri ni!

habis kena belajar msak la ni..
grrr..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers