CORETAN TERBARU NADH

Trend lakonan menjadi-jadi

Assalamualaikum semua. Lama tak bagi salam kan? Sejak pakai Tabby pinky ni. Macam-macam kena belajar. Korang jangan pelik dengan tajuk entri kali ni sebab penat aku memikir ayat. Haha susah rupanya pilih tajuk entri. Okey, masuk arena serius. Muka kerut. Emosi tegang.

Bukan apa. Aku terperasan sejak akhir-akhir ni banyak sangat trend pelik yang buat aku makin pelik dan hairan. Mana taknya semua dah terikut sangat. Trend lakonan atau bahasa pasarnya menipu. Trend menipu ni sebenarnya aku biasa dengar, tengok dan baca.

Contoh situasi:
Awak, tolong berlakon jadi isteri saya. Saya terdesak.

Awak, tolong saya tipu mak saya. Cakap awak makwe saya. Saya kena paksa kahwin.

Awak berlakon jadi makwe saya untuk dapatkan pakwe saya balik.

Awak, tolong bermesra dengan saya. Buat-buat bahagia. Ex saya pandang kitalah.

Okey, cukup setakat tu. Biasa kan? Aku tak tahulah trend apakah ini. Yang penting setiap kali aku baca aku akan agak yang mereka akan jatuh cinta akhirnya. Ada je orang jatuh cinta macam ni. Mungkin inilah takdir untuk mereka.

Tapi tak rasa bersalah ke menipu orang? Mempergunakan orang lain demi kepentingan diri? Membelakangkan hukum Islam demi cinta manusia. Cinta tak salah, yang salah kita. Kalau ada masalah cinta, kenapa kena libatkan orang ketiga? Tak kesian ke diorang ni?

Kalau aku, mana kita boleh elak kita elakkan. Usaha mendapatkan cinta semula boleh. Usaha nak selamatkan diri dari pernikahan tu boleh. Cuma niat takkan menghalalkan cara. Kalau salah cara kita, akan bahagiakah kita di kemudian hari? Renungkan ye ;-)

Ps: Sangat berharap dia tak macam ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

Eera Shera said...

entah pape je dorang tu..

aimie amalina said...

emmm3
mungkin terpengaruh dengan drama?novel?
yg fantasi, tak semuanya boleh jadi realiti..
hurm.3

Paris Lipton said...

hmmm tahla ikot situasi yg kdg2 tu perlu...kdg2 kite pelukannya... mcm kita tipu yg hati kita ni rindu tp dpn si dia ckp xrndu konon...huhuhu

Nong Andy said...

gulp! Teringat cerita "tolonglah jadi kekasihku!"

Ros said...

Salam Iffah,

Pasai apa nak kena tipu tipu pulak kan cakap ja la terus terang ,jadi diri kita yang sebenar.

BlueiceButterfly said...

~cita novel selalu camtu...:)

Cik Bambam said...

ingat ker dalam drama jek ada.. but in real life pon dah melambak cam nie.. =.='

kiera'sakura said...

selalunye cinta kontrak nie buat diorang terperangkap dlm cinta tiga segi

Asyikin said...

awak , tolong selalu komen kat blog kita mcm kita nie kawan baik LOL. hihihihi ;p

mas saari said...

ish...benci orang hipokrit camni!

YNA said...

ish! kesiannya diorang nih :(

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

erm...akak taksuka dipergunakan utk situasi di atas.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers