CORETAN TERBARU NADH

Kemasinan mulut

Selalu kita dengar pasal mulut masin. Untuk pengetahuan korang aku pun rasa mulut aku masin. Tapi bukan pasal yang baik tapi yang buruk. Semalam contoh terbaik. Kanak-kanak dua tahun yang bernama Aisyah sangatlah lasak. Geram rasa.

Aku memang garang, suka marah, tak sabar. Pantang betul aku. Sekejap je dah meradang. Mana taknya, budak kecik tu makin nakal dan buas. Buasa dalam dialek kelantan bukan buas binatang tu.

Ecah jangan panjat buaian jatuh nanti

Betul-betul jatuh. Mujur tak ada baby kat situ.

Ecah jangan pegang cawan kaca. Pecah kang.

Betul-betul pecah berderai kat tepi Umminya yang sedang mengurut.

Ecah Cik De marah. Jangan main handset onni. Nanti jatuh.

Ketepek jatuh. Bisinglah mulut aku time tu. Apalagi muka dia takut tengok aku. Seriau agaknya. Tapi tak boleh marah lebih-lebih. Bukan anak aku kan. Kang ummi abi dia cakap apa pulak.

Kesimpulannya, aku kena jaga mulut aku. Kadang tak sedar apa yang kita cakap tu doa. Takut jugak aku. Kena jaga dalam percakapan kita. Jangan asyik menyumpah orang. Takut bebetul terkena sumpahan.

Ps: Gurauan dia sekali lagi buat aku terkesima. Aigoo
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

salam kenal :)

hebat nie mulut masin :)
tlg doakan yna cepat kawen boleh? hehe

Unknown said...

kata2 tu kekadang diaminkan makhluklain

maszull said...

assalamualaikum iffah...betul tu kekadang apa yg kita ckp betul2 terjadi ....

mulut masin tu....hehehhe...:)

aamalinaazman said...

hehehe
keke
ri ni ecah wat ape pulak?
hehehe

Fasihah Supian said...

mak sy selalu pesan jgn ckp mcm tu..kita nasihat, tp jgn ckp nanti jd cmni camni..sllunya berlaku..lg2 budak2..

ain farahin said...

emmmm...setiap perckpn tu 1 doa!

Sunah Sakura said...

ish, takutnya dengan mulut u ni..hahaha

Naniey TJ said...

isk.... ko ni....meh umi ajrkn ssuatu... dak tu sbnrnye tgh m'nrik tumpuan org kt dia...mklumla da ad pesaing.... jgn le mrh2kn dia sgt... ksian dia.... klu nk mrh, sle bg warning dlu... cthnye ecah jgn pnjt tangga, nanti jatuh sakit..... utk dak 2 thn, warning kne lbh 10 kli... hahahahaha... slmt beramal

fRaMe+LenSeS said...

camtu cakap la menda yang bawa kebaikan kat diri sendiri.

"tangan aku cepat smbuh.. tettt trus baik.. :D "

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers