CORETAN TERBARU NADH

Hari ini dalam sejarah

Hari ni aku sangat sibuk sebab ada majlis akikah anak sulung kakak aku yang kedua. Qaireena Az-Zahra seberat 3.5 kot. Baru berumur 10 hari. Tak banyak ragam pun. Budak baik. Macam Cik De dia. Haha okey, pagi tadi cukur jambul, doa selamat dan selawat. Adalah bagi makan kurma, air zam-zam.

Nak dijadikan cerita aku terjumpa blogger masak-masak. Blognya nama Antan Bertingkah. Aku tak tahu pulak dia datang. Malu dibuatnya. Sebab dia cikgu sekolah ibu. Ehem siap follow blog ni.

Segan. Entah apa cikgu tu fikir baca blog aku ni. Tadi sempat berkenalan kejap je. Sebab malu. Haha siapa bocorkan rahsia blog aku ni. Grrr pengetua punya pasal. Lepas tu pakcik sepupu aku belah kelantan pun tahu aku ada blog. Siap kata nak follow lagi.

Apa ni? Dah tak privasi. Rasa nak sorok muka hodoh ni celah dapur. Kesimpulan, jangan merepek dalam blog. Ramai memerhatikan kita. Aku patut menafikan je tadi. "Eh blog tu? Tak pernah dengar pun. Saya bukan blogger." Aci tak korang? Atau korang lagi suka mengumumkan kat semua yang korang ada blog?

Ps: Dia juga blogger
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 comments:

mas saari said...

blog iffah kan dikenali ramai tentulah ramai orang follow...hehehee

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

tu dalam blogger. Kalau kat facebook..lagi bahaya...siap komen lagi...heheh..

lain kali hati2 dah tulis :P

http://cayob.blogspot.com/

chE's dAughtEr said...

kalau kita diam dan senyum je boleh. ? hehe

aimie amalina said...

awwwww


abisla kak ngaahhh
see...
gule2 pelangi bersinar mekar.. weee =]

Jer ... said...

haha, tau pun malu ... kim salam kat Qaireena Az-Zahra , nice name :)

ijA said...

perhatian..saya ada blog..hahahha..malu..segan lah ..kawan2 tahu kita ada blog..mintak2 lah mereka x baca blog kita..

budak penjara said...

sbb blog aku dh bocor smpai xleh nk tampong..aku terpaksa buat blog baru..haha

Sunah Sakura said...

ahaha..kalo orang tak tanya, kita diam aje..

JIJI YU said...

weyh..engko dah bnyk dah typo..tu la dulu ngata aku..

saya cello191 said...

mmg malukan kalau ada org yg kita kenal baca blog kite..^^

Solihin Zubir said...

mak ayah sy tau sy ada blog... lg lah segan nk merepek.. haha..

FaKArePa!n said...

kena control kemain la tulisan dlm blog yer.. hihi

aDisH.sHidA said...

ERM...AKAK BILA KUMPUL RAMAI2 DENGAN SEPUPU SEPAPAT KAWAN2 KENALAN...BARU LA TERBOCOR YANG DORG SUKA GAK BACA BLOG

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers