CORETAN TERBARU NADH

Ipad 2 punya pasal aku dan kawan-kawan merentas KL

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Nak panjang jugak title pun. Semua mengomen pasal Ipad. Yang kata nak pergi Lowyat tu lupakan. Mahal kat luar dari MacStudio. Sebab Ipad2 stok habis. Jadi semua berlumba-lumba nak naikkan harga memang tak agak-agak mahalnya.

Sabar wahai hati. Ipad2 punya pasal kami berpeluh-peluh merentas KL. Dari Melaka gerak 7.30 naik bas. Sampai TBS. Serius jakun. Tak pernah sampai. Soalan pertama "Ini Malaysia ke?" Haha gila canggih. Dah macam airport pulak.

Kitorang pergi naik Lrt ke Hang Tuah. Dari situ naik monorail ke Imbi. Turun pergi jalan kaki ke Lowyat. Pagi lagi. Orang pun tak ramai. Pergi MacStudio dia kata Ipad2 wifi dan 3g tinggal 64gb. RM2000++ aku lupa pulak. Kawan aku nak beli 32gb je. Jadi merantau ke Times Square. 

Tak ada jugak. Pergi ke Pavilion jalan kaki. Oh sangat jauh pulak. Sesat lagi. Bengong. Padahal dulu selalu lepak BB Walk tu. Entah mengapa otak jammed. Panas ketika itu. Kat Pavi tak ada jugak. On the way jalan kaki singgah Lot10. Tak pernah masuk pun. Dah jumpa Apple Centre tak ada jugak.

Stok tak ada. Pergi Lowyat balik dengan harapan nak beli jugak 64gb. Dah habis stok. Malang betul kan? Haha Melaka memang stok tak adalah. Jadi kami pun survey kat kedai-kedai dalam Lowyat tu. memasing cekik darah.

Patut harga 16gb RM1899 jadi RM2499. Kau gila? Kawan aku tengok ada yang murah sikit. Konon nak beli jugaklah. Even harga kat centre murah RM200 tapi okey sikit dari yang lain. Takut jugak kena tipu. Biasalah google brand ke apa. Keluar duit dapat RM1000 je sehari. Aku ingat sekali keluar. Lepas tu nak transfer ke bank aku pulak kononnya.

Belum sempat dah kena telan kadnya. Serius tak tahu kenapa macam-macam jadi hari ni. Kitorang pun kecewa. Sebab memang niat nak teman dia. Pakwe dia suruh belanja kitorang makan lagi. Tapi bukan harap sangat pun. Dah tu kejar nak balik TBS pulak. Tapi monorail tak berfungsi. Kenalah menapak dari Imbi ke Hang Tuah. Dengan hujan dan lecaknya. Dugaan! Dah tu train pun tak reti nak naik. Lama tak guna LRT ni. Sekejap salah hala. Sekejap kena tukar train. 

Sampai BTS terus pergi balai pelepasan. Dah pukul 4 ingat bas dah gerak. Lama jugak tunggu. Ingat dah terlepas. Sebab macam pelik bila stesen bus jadi canggih benar. Kesimpulan, kawan aku nak order kat Melaka je. Sebulan pun sebulanlah.  Aku macam berkenan dengan Net book Pink. Tak tahulah brand apa. Kat Lowyat berlambak aspire one colour kuning. DON'T LIKE!!!

PS:Sorry entry merapu. Meluahkan rasa dan kepenatan kat korang. Aku penat sangat. Esok kuliah. Nak keluar buat kad member tu. Kan tertelan. Nak balik ambil? Tak sanggup!  Kenapa ramai sangat nak Ipad2 tu? Sampai habis serata KL?!

4 comments:

Unknown said...

aipad 2 mmg bes gaban weyh..tak sia2 rr belinye..

K said...

trend kot, di samping benda tu best :P

Unknown said...

nak ipaddddddddddddddddddddddddd

Masz Mukhtar said...

nak ipad!!!! uh oh

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers