ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dia berteleku. Lama di situ. Tangisan kecil kedengaran. Tiada siapa. Hanya dia dan sang pencipta. Di sejadah itu, dia bersujud. Di sejadah itu, dia memohon keampunan dari Ilahi. Di sejadah itu, jugalah dia mengadu kepada Tuhannya yang satu. Izzah pasrah. Teringat kisah lama. Walau setahun berlalu, fikiran masih tetap menerawang mengenangkan sahabat karibnya, Sofiya.
Xxxxx
“Zah, aku kenal kau lama dah,” Sofiya menarik tangan sahabatnya.
“Kenapa kau jadi macam ni? Bagilah tau aku,” Dia cuba lagi.
“Aku? Jadi apa?” Izzah angkuh.
“Kau…kau kata kau tak suka dia. Sekarang kau terima pinangan dia. Kau…arghh!!” Tekanan perasaan kala ini. Hati dirobek-robek. Umpama ditikam dari belakang. Perit rasanya.
“Aku terima atau tak itu urusan aku. Kau mana ada hak atas Ikram!” Izzah melampias marahnya. Dia cuba. Dia cuba sedaya upaya membantu sahabatnya. Ya, inilah pengorbanannya buat sahabat.
“Izzah! Aku tak sangka kau macam ni. Kau sanggup rampas cinta Ikram. Kau tahukan aku dengan dia…” Sofiya menangis. Perit yang tak ada bandingannya. Sahabat sendiri yang membuat onar. Cintanya pada Ikram dikhianati.
“Aku ada kerja. Nah kad jemputan untuk kau. Jangan lupa datang hari bahagia aku. Aku nak kau tahu jodoh sememangnya dari Allah. Allah tentukan,” Izzah sudah berkira-kira pergi.
“Kau pengkhianat. Kau bukan lagi sahabat aku. Aku benci kau sebut perkataan Allah sebab kau sememangnya tak layak!”
Izzah terduduk. Begitu sekali benci seorang sahabat kepada dirinya. Dia sedih. Namun, demi sebuah persahabatan dia sanggup melakukan apa saja. Walaupun akhirnya dia dibenci.
Xxxxx
“Izzah…” Ikram menyeru nama isterinya. Lama dia perhati wanita itu. Begitu khusyuk dan tawaduk menghadap yang maha Esa.
“Ya abang,” Izzah segera menyeka linangan air mata dan berpaling.
“Izzah dah selesai?”
“Dah bang. Abang nak makan ye? Izzah siapkan,” Izzah laju membuka telekung. 6 bulan dia sudah bergelar isteri insan yang tak pernah terlintas pun menjadi suami.
“Izzah, mari duduk sini,”
“Kenapa bang?” Izzah gusar.
“Sini. Duduk dulu,” Ikram menanti penuh sabar. Dia tahu isterinya taat. Izzah duduk perlahan. Debaran kian terasa. Malu duduk berdua begini.
“Izzah, abang rasa dah cukup dengan pengorbanan Izzah setakat ni,” Bagai petir memanah diri. Izzah terkedu, diam seribu bahasa.
“Abang tak nak bebankan Izzah dengan masalah abang. Abang dah banyak susahkan Izzah sekeluarga. Abang…” Jari Izzah di bibirnya.
“Jangan cakap lagi abang. Cukup. Izzah tak buat apa-apapun. Izzah cuma…”
“Izzah cuma apa? Cukuplah dengan pengorbanan Izzah. Abang malu. Abang tahu Izzah masih teringatkan Sofiya. Abang tahu Izzah setiap malam menangis sendirian di sejadah pemberian Sofiya tu. Semua abang tahu!”
Izzah terdiam. Dia tak mampu berlawan kata dengan suaminya. Yang dahulunya pernah disebut-sebut Sofiya. Bukan dia tak tahu Sofiya sangat menyukai Ikram. Namun apa daya. Jodoh bukan di tangannya. Keduanya menangis dan tidak berkata apa. Malam dibiarkan berlalu dengan sendu sepasang suami isteri.
Xxxxx
“Assalamualaikum,” Ikram memberi salam. Izzah hanya mengikut di belakang. Keluarga mertuanya sudah ada di dalam rumah orang tuanya. Debar rasa hati.
“Eh Ikram, Izzah. Masuklah. Tadi kata lepas isyak baru nak gerak? Ni baru nak masuk maghrib,” Suara ibu menenangkan jiwa berkecamuk. Pantas disalami. Malam ni ada bacaan yassin. Sengaja mereka merancang. Izzah terus berlalu ke dapur.
“Izzah,” Ibu menyentuh bahunya.
“Ada apa bu?”
“Izzah okey?” Ibu begitu mengambil berat. Masakan bisa dia menyembunyikan segenap rasa dari ibu.
“Ermmm ibu. malam ni Izzah nak tidur sini boleh? Lama tak borak dengan ibu,” Suaranya lain.
“Okey. Inikan rumah Izzah jugak,” Ibu seakan mengerti. Ditatang air di dulang. Untuk dijamu besan dan menantu yang datang.
Xxxxx
“Abang…” Izzah menyentuh lembut bahu suaminya.
“Ada apa Izzah?”
“Maaf Izzah tak bagitau pasal…”
“Syhh! Inikan rumah keluarga isteri abang. Izzah tak mintak izin pun abang izinkan. Tapi dengan syarat,”
“Syarat?” Izzah berkerut dahi.
“Abang tidur sini jugak boleh?” Izzah hanya tersenyum. Masakan suaminya tak boleh tidur di rumah ni. Rumah inilah saksi saat mereka diijabkabulkan. Izzah mengenangkan saat itu.
Xxxxx
“Izzah,” Ibu datang dekat. Izzah sudah tekad. Dia redha menjadi isteri kepada Ikram biarpun ada hati akan terluka.
“Izzah, Sofiya datang,” Berderau darahnya mendengar nama keramat. Sahabat baiknya datang. Walaupun dia tahu perit bagi Sofiya melihat dia akan mengambil Ikram dari tangan sahabatnya sendiri.
“Ibu suruh Sofi masuk,” Izzah mengumpul segala kudrat.
“Tahniah Zah!” Sinis bunyinya.
“Terima kasih. Aku tak sangka kau datang jugak,”
“Kawan baik aku nak nikah. Takkan tak nak datang,” Jelingan maut menusuk ke jantung Izzah. Dia sabar. Memang salah dia dan Ikram. Dia sanggup terima apa jua tohmahan.
“Thanks Sofi. Aku tahu kau memang sahabat terbaik. Kau tak kata nak datang. Kalau tak aku suruh kau je jadi pengapit aku,” Ketawa dibuat-buat.
“Pengapit? Tak naklah aku. Orang kata jadi pengapit lambat kahwin,” Izzah terdiam. Dia kehilangan kata-kata dan itulah kali terakhir dia melihat Sofi.
Xxxxx
“Izzah…Zah…” Ikram memusnahkan lamunannya. Izzah mengeluh.
“Kenapa abang?”
“Patutnya abang tanya. Izzah kenapa? Diam je dari tadi. Ada masalah?”
“Tak ada apa. Izzah nak jumpa ibu kejap. Abang tidurlah dulu ye,” Izzah meninggalkan Ikram sendirian. Dia tak mahu rahsia hatinya diketahui.
Xxxxx
“Ibu, Izzah dah tak sanggup menipu,” Tangisannya menderu laju. Berat rasa dibenaknya. Izzah makin lemah. Lemah dimamah rahsia yang tak berkesudahan.
“Ibu faham. Kalau betul Izzah sanggup kehilangan Ikram. Izzah jumpalah Sofi. Terus terang dengannya,” Kata-kata ibu menular ke sanubarinya. Dia terkaku. Sanggupkah dia kehilangan insan tersayang? Lama sudah dia menyulam kasih. Lama dia belajar mencintai seorang lelaki bernama suami. Lama sangat.
“Izzah, dengar ibu kata apa?” Ibu serius. Izzah hanya mengangguk lesu. Dia perlu lekas membuat keputusan. Antara sahabat dan cinta. Sukar dia tentukan. Soalnya hati memang payah dimengerti. Dia sekali lagi berteleku menghadap Ilahi.
Xxxxx
Assalamualaikum Sofiya.
Aku tak ada kudrat nak jumpa kau buat masa ni. Tapi percayalah aku tak ada niat langsung nak rampas cinta kau tu. Aku terpaksa. Aku terpaksa buat macam ni sebab Ikram suruh. Dia suruh aku terima pinangan dia. Dia suruh aku jadi isterinya yang sah. Aku terpaksa lakukan demi kau.
Aku tahu kau mesti takkan percaya. Tapi selama kita kenal, pernah ke aku tipu kau? Takkan? Kau kena percayakan aku buat kali terakhir. Satu je permintaan aku. Terimalah Ikram semula. Aku sanggup pinangkan kau bagi pihak dia. Aku sanggup bermadu. Tak, aku sanggup diceraikan dia demi melihat kau bahagia.
Aku menderita merindui kau wahai sahabat. Siang malam aku rasa berdosa dengan kau. Ikram tak sedar dia buat keputusan salah. Dia sebenarnya sakit. Dia perlukan rawatan berkala. Dia nak kahwin dengan aku sebab dia tahu aku boleh rahsiakan hal ni daripada kau. Daripada keluarga dia.
Dia perlukan seorang jururawat sepanjang masa. Aku umpama penjaga dia. Makan minumnya aku sediakan. Sebab dia tak boleh makan sembarang. Dia tak nak kau tahu. Sebab tu dia kahwin dengan aku. Supaya kau dapat suami yang lebih baik darinya. Dia tak nak bebankan kau sebab dia cintakan kau. Sofi, kau terimalah dia balik. Aku redha sebab dia cinta kau dan kau sahabat aku.
Izzah Zahra, 27. 11. 2011
Remuk redam hatinya membaca email dari sahabat yang disangkanya pengkhianat. Disangka perampas. Sofiya terduduk. Dia menangis mengenangkan pengorbanan kedua-dua insan penting dalam hidupnya.
Xxxxx
“Izzah!” Keras bunyi suara lelaki itu. Izzah gerun tiba-tiba.
“Kenapa abang?”
“Kenapa Izzah tanya?” Ikram mendidih. Lalu dia menyejukkan hati dengan zikir penenang hati. Dia risau jika ikutkan hati, mahunya dia menampar wajah si isteri bertalu-talu.
“Duduk!” Izzah segera duduk dibawah. Dia tahu dia ada buat salah. Kalau tak masakan suaminya berubah laku. Tangan ditarik. Terasa dipeluk kemas. Izzah terkaku.
“Izzah, kenapa Izzah baik sangat. Abang…” Ikram mati kata. Izzah hanya membiarkan Ikram melampias segala rasa yang terbuku dalam hati.
Xxxxx
Walaupun perkahwinan atas dasar pengorbanan seorang sahabat pada asalnya. Kini perkahwinan berlandaskan cinta dan pengorbanan seorang isteri. Izzah menempuh bahagia seorang isteri di samping suami yang dicintai dalam diam.
Ikram pada mulanya berkeras mahu menikahi Izzah hanya kerana sakit sebenarnya telah lama menyintai Izzah. Dengan alasan itu saja dia boleh menjadikan Izzah isteri yang sah. Masakan senang Izzah menerimanya sedangkan isterinya lebih mementingkan sahabat iaitu Sofiya.
Sofiya tetap dengan caranya. Dia bangga kerana sahabatnya menemui bahagia. Benci dan dendam lama dicampak ke dasar laut. Dia juga bahagia bersama pilihan keluarga. Dia yakin itu jodohnya. Dia yakin dia juga berhak bahagia.
Walaupun bersahabat, tak semua kita boleh korbankan. Tak semua kita boleh tunaikan. Sahabat bukan untuk ditukar ganti. Sahabat juga bukan tanda janji sehidup semati. Sahabat ialah insan yang membawa ke jalan yang hakiki.
Nota Iffah: Ada kekurangan dalam karya ni, sila tegur dan kritik. Saya budak baru belajar. Harap semua mendapat manfaat dari cerita kali ni. Asyik kisah cinta je kan?
Ps: Dia sahabat dunia akhirat, InsyaAllah.
19 comments:
ooo nk komen nk komen! hehehe...tp ku xpernah bc novel sbnar..maaf tau klau slh komen..hehehe..kalau ada gambar skeping dua mungkin dpt cover karangan yg panjang nie..terbaekk la!! happy blogging :)
Kenapa asyik surat je. Buat cerita kelakar pulak!
Aku paling suka love story!!! Ini pengorbanan yang melampau tahap gaban hahaha.. Tapi tak mustahil. Sebab pakcik aku sendiri.. 2nd wife dia adalah kawan baik arwah isterinya.. dan mereka kawin atas permintaan arwah sebelum dia pergi. Itu pengorbanan kan..
*Iffah.. cepat jer idea ko datang yer!
tulisan dan cerita yang bagus ...kalau ada gambar lagi cantik..:)
cerpen kat blog ni semuanya best2...teruskan lagi...=D
adehhh kalau baca novelog kalau addicted susaaa, dah la bz mana mau cari masa baca novelog..adeh online pun kejap2. sirius iffah mmg ada bakat menulis
pergorbanan seorg kawan dlm cinta best juga..walaupun sebelum ne cinta je..tetapi ini lain sikit...nice..
yu..jujurnya, ni entri yang i sanggup baca sampai habis setelah sekian lama...err.. :p
siyes yang ni lain dari yang lain...nice one!
jiran memang berbakat. ai kagum ng yu la jiran. :D
**banyak ai kena blajar dari yu jiran.**
yu..
nape best sangat ni????
errrr...
Iffah :SEMUT Kat blog kita tu psiko je ..semut ne x takut orang pun. halau macam mana sekali pun die x lari. semut ne x gigit orang pun..hahaa...semut hitam,..opss komen kat sini pulak..
wewit... akak akan baca semuanya pelan-pelan...
ps: tulisan yang lembut selalunya menyerlahkan pemilik tulisannya...
nice2!
banyak kena korban demi hubungan persahabatan ni. akan selalu lalu suka dan duka bersama..:)
nice one (^_^)
sy pon bru blaja nak menulis..sila tunjuk ajar
::bicara suha::
besarnya pengorbanan sahabat :'(
sedih.. tp tak semua yg kita harapkn akan jadi milik kita kan...
wahhh..terharu+sedih+best...kalau ade gambar mesti lagi terbayang2..hehe
:) Tahniah kerana rajin menulis. Saya pun dulu suka menulis tapi, saya dah malas. Kurang keluar rumah jadi kurang idea dan tak tau nak garap cerita jadi lebih menarik. Cuma satu perkara yang saya selalu perhati dilakukan oleh penulis-penulis amatur ni. Cerpen atau cerita yang ditulis terlalu banyak dialog macam skrip drama. Saya pun tulis macam tu jugak. Sebab tu saya rasa tak nak menulis dulu buat masa ni. Kalau boleh lebihkan sedikit penceritaan mungkin lebih terasa macam baca cerpen atau novel. Kalau tak macam menonton drama. Sekadar pendapat amatur.
sori baru sempat nk bace
sedih :(
nasib last skali die tetap ngan asben die..kalo x..grrr...
tabik la kalo ade kawan yg mcm ni..kalo ai tak mampu wo..
Post a Comment