ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kau yang bernama cinta,
Serius aku suka kau masa memula kita kenal. Dulu aku malu nak tegur kau pasal kau popular. Ramai awek nak kat kau. Jadi aku segan. Tetiba kau tegur aku. Serius nak terkencing sebab terkejut sangat. Yalah kau hero malaya. Aku sebelah tiang pun kau nampak tiang berbanding aku.
Kau layan aku macam kau layan awek lain. Aku suka kau tegur aku dulu. Kau selalu buat aku tergelak. Serius aku suka kau. Tapi aku tengok kau lebihkan seseorang. Aku fikir tu kawan biasa. Tapi nampak kau sangat suka kat dia. Aku takut akan kehilangan kau.
Aku cuba dekatkan diri dengan kau. Aku tegur kau dulu. Aku selalu sakat kau. Supaya kau lupakan dia. Lagipun dia dah ada pilihan lain. Bukan kau. Aku tak nak kau kecewa. Tapi sampai sekarang kau masih nak dia. Sampai sekarang kau tak perasan aku yang lama suka kat kau.
Aku sedih sangat. Serius bagai nak rak aku cuba tarik perhatian kau. Tapi tetap kau nampak dia. Sekarang biarlah aku mengalah. Aku tahu bertepuk sebelah tangan memang takkan bunyi. Aku harap kau bahagia dengan pilihan hati kau. Jangan kau sesali takdir tertulis untuk kau. Aku doakan kau bahagia walau aku yang terpaksa menderita.
Salam sayang,
Aku suka kau
Korang pernah alami perasaan macam ni? Serius pedih kan? Tapi kita patut doakan kebahagiaan dia. Bukan berdendam. Nak buat macam mana. Orang tak suka kat kita kan? So korang jangan sedih sangat. Banyak lagi yang masih korang belum jumpa. Lagipun kalau dah tertulis memang dia jodoh kita takkan ke mana. Ingatlah takdir Allah sangat indah sudah direncana untuk kita semua=)
8 comments:
menusuk ke jantungku entri ni~~~ terbaekkkkk lah iffah!
sedynyer....but just ourselves can make us stronger..
x pe.cari lain jek..biarkan dia terus bahagia..mana tau kalo dah jodoh, tiba2 dia lak cari kita kan..bila dah tak ada depan mata bru nak sedar
pernah alami gak ummmmmmm sadisssssssss
amboihhh.. wiwwwwiitttt~~ :P
pernah jugak!
errkkk... terasa berada di tempat itu seketika..
hahaha..redha jelah andai bukan jodoh kita..
mungkin yag sebetulnya belum ketemu..^^,
syew jgk pnh alami mcm awk tapi....
syew lagi teruk dari awk ok
bkn awk jew yg alami smua nih ok
so, move on life is good :)
Post a Comment