CORETAN TERBARU NADH

Ipad ke Ipah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tengah penat ke hulur hilir tadi sempat buat lawak bangang. Aku tengok handset cikai aku. Profile Ipah. Tu aku set gedik-gedik. Aku pun terfikir nama aku sama macam Ipad. Tukar huruf je.

"Dari kau beria beli Ipad baik kau ambil Ipah," Aku merepek.

"Tak hingin," Kawan aku kejam sungguh. Kitorang gelak.

"Dari kau bersusah payah cari tu. Baik kau ambil je aku ni. Free tak payah bayar," Aku mengarut lagi. Sebutan Ipah tu Aipah okey. Jadi bunyi Aipad sikit.

"Dahlah kau. Tak nak. Kau besar. Nak sumbat beg pun tak muat," Okey ayat paling kejam.

Sampai nak balik aku asyik cakap pasal bateri kong. Aku kata macam ni.

"Bateri Ipah dah nak habis. Kena charge," Kitorang gelak lagi. Tengah frust kan. Jangan layan sangat sedih tu. Baik layan aku yang best ni. Haha

Bateri betul-betul kong bila kitorang asyik salah naik train. Patut naik ke Ampang. Kitorang naik ke Sentul. Okey fine turun Miharja patah balik. Naik ke Ampang. Patut pertukaran kat Chan Sow Lin. Yeke eja ni? Kitorang tak tukar. Pergi patah balik pulak.

"Bateri Aipah sebagai GPS dah kong. Tu sesat," Aku lagi.

Kami keletihan. Makan pagi roti. Makan malam kat Melaka. Sadis!

Kesimpulannya, cuba larikan otak kita dari memikirkan benda yang membebankan otak. Kadang-kadang bergurau itu perlu. Biarlah tak lawak pun. Janji kita seronok=)

5 comments:

Unknown said...

sian kat ko kan..aku sesenang je tempah..

Unknown said...

2-3 kali bca pn xpaham gk sbrnya.. huhu gelak je la ble pk psl ipad n ipah ;p

Rawkzell said...

ermmm .aaa , tadi Ipad sekang dah Aipah :D .

K said...

haha, nak beli aipah berapa harga ni??

:P

Cik Pulau said...

ahahahaha.. :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers