CORETAN TERBARU NADH

Rahsia cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rahsia apa jelah aku ni. Tak adalah. Tetiba nak berbicara tentang cinta. Bila kita mula kenal cinta. Indah je rasa kan? Rasa terawang-awang. Dunia ni milik kita berdua. Tapi bila ada konflik mulalah kacau bilau. Hati dah suka tapi tetap ada je yang tak puas hati kan?

Macam kita dengan kawan-kawan pun. Tetap ada perselisihan faham. Jadi nak tak nak kena bertolak ansur. Kita ni jangan mudah mencanangkan ceritera kat orang. Kalau aku, aku memang tak banyak cerita cinta aku dedulu kat orang lain.

Biarlah rahsia. Bila kitorang ambik keputusan berkawan tanpa istilah couple. Kawan aku tak percaya. Ingat aku memain. Sebab aku jarang sangat cerita. Tulah rahsia. Rahsia percintaan. Kadang bila orang tak perlu tahu tak payah beritahu. 

Biarlah menjadi simpanan kita berdua. Apa kita buat. Siapa pasangan kita. Kenapa pilih dia. Dah kahwin pun elakkan. Bukan apa. Banyak mata-mata memandang. Aku antara mata itu. Bila baca status yang ni penuh bunga-bunga ayatnya. Dan biasa aku akan cakap "Macam kau sorang ada pakwe,"

Kan dah tak best.Biarlah kerahsiaan tu ada antara pasangan itu. Cukuplah. Kadang agak beremosi bila tengok orang sayang pakwe terlebih kat FB. Tayang gambar peluk cium. Panas je mata memandang. Dan aku akan cakap lagi "Ni belum kahwin dah tayang-tayang. Kena tinggal padan muka," Jahat mulut aku ni.

Jadi jaga kerahsiaan cinta korang. Silent is better. Aku bukan seorang perahsia tapi aku menjaga rahsia kita berdua. Eceh!

7 comments:

K said...

shhhh!! jaga rahsia cinta kita ye, hahaha XD

betul tu, rahsia cinta kena jaga. tak perlu ramai yang tahu, cukup sekadar yang perlu tahu diberitahu.

p/s : dah ok, haha :P

Unknown said...

semoga berbahagia iffah..huhu

Fasihah Supian said...

betul tue.......kalau dah kawin pun elakkan lah gambar posing2 tuh....hailaaa

Sunah Sakura said...

insya'Allah i akan menjaga u...

mas saari said...

akak tgk zaman skrg bercinta dah banyak beza dgn zaman akak bercinta dulu...

Anonymous said...

ecece.. btol 2.diam2 sudh kan. nt kalo break, org akn ckp bukan ke dia ni ngan si polan ke? knape kawen ngan org laen plak nih? dlu brcnta bgai nk rak. haa..kan dh malu.

Rawkzell said...

suka suka duka nanti , nice entry :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers