CORETAN TERBARU NADH

Andai ini cinta terakhirku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mata aku memang pantang nampak perkataan CINTA. Jadi jangan hairan kenapa aku taip entry cinta berlambak-lambak. Tengok tajuk jiwang sakan kan?

Tetiba teringat lagu Aiman Cinta Terakhir. Lirik dia macam mana ye? Jap aku ingat. Oh tak dapat nak ingat. Haha cari dalam internet jelah. 

Kau cinta pertamaku kau cinta terakhirku tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita 
kau air dimataku
satu antara seribu tiada antara di dunia mungkinkan terputus di tengah jalan mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir
kau air dimataku satu antara seribu tiada antara di dunia mungkinkan terputus di tengah jalan mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir
mungkin kitakan berbeza haluan berakhirnya cerita percintaan 
segalanya ketentuan tuhan
mungkinkan terputus di tengah jalan mungkinkan terlerai tanpa ikatan usah ragu dengan takdir mungkin kitakan berbeza haluan berakhirnya cerita percintaan 
segalanya
Cuba korang hayati bait lagu ini. Aku bukan nak kuruskan pahala korang. Tak berniat pun. Cinta memang tak boleh dipaksa. Hati manusia kan unik. Tapi bila cinta itu hadir sekelip mata akan berubah. Korang kena ingat. Cinta kepada manusia yang sejati ialah cinta yang boleh memupuk cinta kepada Allah S.W.T.
Jika itu cinta kamu yang terakhir berikanlah hati kamu sepenuhnya untuk memupuk rasa. Memanglah hati tak boleh dipaksa. Kadang terlalu cerewet pun susah jugak. Jadi kalau benarlah dia cinta terakhir kamu, terimalah dia seadanya. Jangan dibanding dengan kisah cinta yang lepas.
Kalau semua nak diungkit baiklah tak payah bercinta. Bujang sampai ke tua. Tak payah kahwin. Setia yang sangat sia-sia. Silakan kalau kau rela pilih jalan ke sana. Sebab cinta ni abstrak. Boleh berubah-ubah. Boleh dimanipulasi mengikut situasi.
Jadi andai dialah cinta terakhir kau, jagalah dia baik-baik. Tiada lagi kisah cinta seterusnya jika kau senantiasa mengabaikannya. Cinta itu suatu anugerah. Hargailah ia dan gunakannya ke arah yang diredhaiNya =)
Ps: Dia sedang lena dibuai mimpi. Aku pasti=P

11 comments:

Unknown said...

cinta..love u..

Anonymous said...

aku juga pasti. :)

arghh. lagu ini. lagu si dia kepadaku di saat itu. apakah?

Sis Lin said...

hurmmm....

buat masa hrni saya suka lagu 'luahan hati-kristal' tu..hehehehehe

Cinta jgn dipaksa..ikhlas dan perlu pengorbanan..*apa aku merepek ni le...lalalalalala

Diana @ BKKC said...

tak perlu diharap pd cinta manusia yang sementara.... ;)

Cik Sara said...

Cintailah seseorang yang melabuhkan cintanya pada ILAHI melebihi cintanya pada kita. InsyaALLAH...

Dan janganlah kamu mencintai seseorang melebihi cintamu pada ILAHI kerana cinta manusia hanya sementara, Cinta ILAHI juga yang kekal selamanya..

=D

Anonymous said...

cinta itu fitrah manusia.. :D

Unknown said...

cinta manusia yang mendekatkan aku pada ALLAh la yang aku pegang..

Elly Jade said...

eheem...akak da tau sapa dia tu
hahahaha..clue:enak dibuai mimpi kan :p

ipah sori..td awk komen entry latest kak kan?akk gi blog awk dr komen and dia directed to website bible.akk rasa ipah x letak s.
cek balik ya url ipah yg miss ran 2 ya dik..

Hafizin Jamil said...

aku nak kawin.tak nak bercinta

aiman said...

hmm.. lagu aiman jugakk~

aamalinaazman said...

cinta itu fitrah-Nya :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers