ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila kita dikuasai rasa marah yang melampau. Kita takkan dapat fikir rasional. Itulah yang jadi pada seseorang petang tadi. Aku duduk hostel. Jadi masa keluar nak ke tandas terdengar pergaduhan besar. Jerit sana sini. Hempas pintu. Mula tak nak menyibuk dengar tapi sebab kuat sangat suaranya jadi aku pun terdengar.
Situasi pergaduhan:
Suasana tegang.
"Kau kenapa?"
"Apa salah aku?"
"Kau tulis apa kat facebook kau tu?!!!"
"Tolonglah, kita kan dah nak exam."
"Cakaplah apa masalah kau sekarang ni?!"
Semua dialog aku rasa orang yang sama yang jerit. Kuat sangat. Lepas tu ada hempas-hempas pintu. Aku tak berani nak jenguk siapa yang tengah berperang besar tu. Yang pasti terus ada idea update blog. Aku terfikir. Kawan pun jadi lawan. Gara-gara muka buku.
Aku tak faham kenapa orang suka selesaikan masalah dengan marah. Susah sangat ke nak kawal rasa marah? Syaitan bersorak gembira bila kita bergaduh macam ni. Tak malu ke orang dengar? Aku tak tahu siapa gerangannya. Kalau dia baca maaflah. Aku tegur ikhlas.
Masalah takkan selesai kalau jerit sana sini. Cuba duduk berbincang. Jangan sampai persahabatan bertahun-tahun terputus sebab marah. Ikutkan situasi tadi memang dasyat. Macam laki bini tengah bergaduh. Sumpah aku takut. Aku tak suka bergaduh. Aku suka pendam. Biar aku yang sakit sendiri. Korang macam mana pulak?
Ps: Harap dia tak jadi macam ni.
11 comments:
pergh
cm takot je
nape kak ngah x rakam
kasi opah dgr
hehehehe =p
akak rasa ini seua bermula kerana mukabuku...bkn salahkan mukabuku tu tau? rp menyalahkan org yg suke meluah rasa tak puas hati pd seseorang kat mukabuku...ofcoz lah akan ada ramai org yg membacanya...tak pasal2 memalukan org tu..maka, jadilah pergaduhan
itulah bahayanya FB ni...
bila dah terbaca benda yang tak elok terus bergaduh.. masing2 dah tak boleh kawal diri!
ya iffah.. malah ada some fren aku yg guna fb utk mnyindir kwn yg lain. tulis status mcm2.. tabiat sindir mnyindir ni mmng bleh jadi gaduh. Aku x brapa pndai mnyindir & lembab nak faham bila kena sindir,jadi kwn2 kat opis selalu ckp aku lmbat pick-up! wlaupon da kna sindir aku stil wat bodo coz x fhm pun :p, tapi lebih baik mcm tu.skurang2 kalau aku x sdar sindiran tu utk aku.. so aku xde la sakit ati nk cari gaduh kan? :)
*broadband slow sgt.. nak baca n3 iffah pon susah..
macam2 orang skg ye. itulah. kekadang kan, rasa pesbuk ni elok ng y tak kenai senang. selamat. ahahahhaa
Em, alia xtw kes alia macam mana
Nk kate gado, kdg2 baek
marah hanya memburukkan keadaan. tenang hati kawal diri.kembali pada-Nya
takut jugak kalau gaduh kes FB ni..
tapi dah terbiasa pon sebenarnnya.. hehe
boleh perang besar ag dgn si dia.. keh3
zaman skang mana leh bincang dan cakap leklok..bagi lelaki..sapa yg garang..dia la menang..haha
when you have a problem face it, not facebook. hihihi
tue la padahnye sume menda nk luah kt mukabuku tue...
Post a Comment