ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Adakah cinta itu kejam?
Aku berfikir sejenak. Ni gara-gara ombak rindu bagaikan tsunami melanda hati kala ini. Serius aku suka cerita macam tu. Aku minah jiwang. Jadi jangan hairan kenapa blog jiwang, tuannya pun jiwang. Cukup! Bukan itu aku nak kongsikan.
Aku cuma nak tanya tentang cinta? Ada Mila dalam cerita Ombak Rindu sebut kat Izzah. CINTA TU KEJAM KAN? Izzah jawab tak. Cinta tak kejam. Cuma kita je tak menghargai. Aku? Setuju dengan Izzah. Ramai suka salahkan cinta. Sebenarnya tak ada salahpun nak bercinta.
Cinta dikatanya buta padahal kita yang celik tak reti nak bezakan mana baik dan buruk. Cinta dikatakan kejam padahal kita yang bertindak kejam terhadap diri. Dah tahu orang tak suka kenapa nak terhegeh-hegeh? Cinta tak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk. Namun berjaya atau tak untuk bertunas di hati seseorang itu terpulang.
Jadi jangan sesekali menyalahkan cinta kerna ia adalah sesuatu yang indah. Walau beribu kali putus cinta aku akan tetap mencari cinta. Itulah fitrah manusia sebenarnya.
Ps: Yang pasti dia tetap dengan cintanya.
23 comments:
cinta tak kejam.. org yang tak menghargai cinta itulah yang kejam :)
cinta tak kejam.. tapi org la yg kejam! jgn kejami diri kita dan org lain...
*iffah! aku pon jiwang juga he... :) kau setuju?
fobia dgn cinta dh
hmm,
cinta tak kejam,
manusia tu sendiri yg buat cinta tu kejam kot.
mcm mane rase becinta ehh? :P
cinta itu indah sebenarnya
cinta itu indah kepada siapa yang tau menghargainya...:)
yg kata cinta tu kejam mungkin sebab terlalu taksub dengan cinta...sampai jadi buta pekak dan bisu..err.. hehe
sejak baca blog ni, asyik jadi jiwang je...hahaha
betuullaa... orang je yang mengalami cinta tu je kejam bukan cinta tu sendiri..=)
cinta tak kejam cume orang yang tidak menghafrgai cinta itu yang kejam (:
betul2..
manusia yang kejam xhargai cinta..
Jangan putus harapan untuk mencari cinta. ^__^
p/s: Semoga sampai jodoh Iffah dengan si dia. Amiin. :)
Ptg2 ni jiwang plak...hehehe
salam kenal utk tuan rumah
iya, cinta itu sebuah naluri buat setiap insan.. usah kecewa, kerana cinta itu pasti akan hadir dengan ketentuan Nya... (",)
betul..
jangan jadi kejam kerana cinta.. tapi jadilah yang penyayang kerana cinta..^^,
bila ckp psl cinta, semua ada pndpt msing2.. huhuu~
saya taknak becinta dah, #erkk belum masa lagy, hehe.
ayat ayat cinta..weeee :D
cinta tak kejam..
manusia itu yang buat jadi kejam..
hurmmm.
kita juga dilahirkan atas nama cinta :)
Cinta itu sebenarnya suci...cuma ada sesetengah orang tidak menghargai cinta yang diberi padanya.Jadi hargailah orang yang mencintai kita dengan seikhlas hati.baru join kat blog ni..salam kenal salam persahabatan..singah2 ler kat blog kite..
http://jai-diari.blogspot.com
Post a Comment