CORETAN TERBARU NADH

Bila pegang kad kahwin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sejak musim cuti ada majlis kahwin sana sini kan. Normallah tu. Selamat menjalani kehidupan bahagia buat semua yang sudah, sedang, akan berkahwin. Moga kalian sedar yang tanggungjawab makin banyak. Aku bukan nak cerita pasal kahwin sangat.

Cumanya, semalam duduk belek kad kahwin orang sekarang. Macam-macam jenis ada. Ada yang print sendiri ada yang berkerawang bagai. Ada jugak gambar khas photoshoot. Aku rasa ada dah tegur pasal gambar bukan muhrim laga-laga pipi kat dalam kad kahwin. Tak ingat aku baca entry mana.

Macam pre-wedding jugaklah. Belum ada ikatan sah duduk peluk sana sini. Takkan nak mulakan hari bahagia dengan dosa. Maaf aku cakap. Dulu aku paling suka tengok video macam tu. Nampak sweeeeeettt je. Tapi bila dah bukan muhrim lepas tu asyik tayang aurat kat situ. Rasanya tak patut ditonton lagi kan?

Kesimpulannya, semuanya biarlah berteraskan agama kita. Jangan fikir keseronokan semata-mata. Takut belum apa-apa dah bercerai-berai. Salah siapa? Orang kata kahwin hanya sekali. Tapi kita pasti ke kahwin hanya sekali? Ajal maut jodoh dan pertemuan kan di tangan Allah? Jangan terlalu yakin ye. Jadi beringatlah.

Psst asal aku pegang kad kahwin je kakak aku tanya nak kahwin dah ke? Aku macam biasa gelak jelah. Calon pun tak ada. Berangan jelah =P

Ps: Dia begitu ambil berat buat aku terharu. Thanks.

16 comments:

Dayang Deno said...

hai ifah.. sekarang mmg musim orang kawen.. kat umah deno pun banyak kad kawen.. tiap2 hari bleh kata makan gulai daging.. heeee..

emm.. deno pun pelik belum kawen pun bleh duk rapat2, kadang2 siap ada gambar peluk2 lagi... ish3...

Farhanhanif91 said...

nnt nak buat kad kawin letak gambar tom and jerry je lah...hahaha
*berangan nk kawin dah...=D

Niena Muhammad said...

calon xde ke... hehe

.........cP~ said...

Kat tempat saya ada yang letak gambar mak ayah kat kad kahwin. Senang nak kenal. Gambar pengantin tak ada pun.

Unknown said...

yg tang preweddg tu mmg xsokong.... buat sebab nak mnunjuk je lebih...kebanyakan lah..

maszull said...

assalamualaikum iffah...moga dipercepatkan jodoh tu...InsyaAllah...:)

Lea Isnawi said...

tak suka gak nengok gambar prewedding

dh mcm postwedding je

ish

Nong Andy said...

musim cuti sekolah=musim kawin :)

Kira Sakura said...

akak suka tgk kad yg katun2 tue.. chomel jer... :)

Ce'gu JAERA said...

ehehehe.. kelaka plak.. kebetulan sy pun lum ada calon ni.. ekekeke (",)

Hafizin Jamil said...

artis tak de calon lg ke..?

missina said...

pegang kad kawin lama2 leh amik berkat kot,,hehe

r-5 said...

betul tu kad kahwin tu buat simple suda. xpayah nak de gambo2 berdua-dua saham dosa dah dapat. pastu plak belum tentu orang datang lagi.. aduui dunia-dunia..

penipu lah calon xda lagi... :p

Anonymous said...

simple2 je lah, pastu kan buang juga, membazir je.

Eh takde calon ke?? hbs tu "dia" yg selalu letak kat p/s siape? hihi...

Halimatun Sa'adiah said...

tak lme lg cik iffah le pulak kn..

Meera said...

adekah kakak yg dimaksudkan adelah saye..hoho

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers