ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
kepada yang bukan beragama ISLAM
“Hanan cepatlah siap. Cik Abang kamu dah
tunggu tu,” Hanan segera keluar dari bilik. Hari ni dia dah berjanji untuk
membawa bosnya keluar.
“Dah siap mak. Apa abang-abang? Boslah,”
Sengih Adli mendengar.
“Kamu berdua hati-hati keluar. Jangan buat
kerja tak senonoh. Malu mak,”
“Makcik jangan risau. Anak makcik pandai
jaga diri,”
“Betul kata bos tu,”
Keduanya masuk ke dalam kereta. Sebelum ke
bandar, Adli Hairuddin bercadang untuk meneruskan pencariannya. Perjalanan ke
bandar hanya memakan masa setengah jam. Mungkin jalan di Kuala Terengganu tak
sesibuk di kota raya. Adli lama sudah menyimpan hasrat mencari seseorang. Baru
hari ini dia berkesempatan. Semalam puas dia menerangkan kepada Hanan.
Xxxxx
Rumah banglo dua tingkat kelihatan sunyi.
Adli cuba memberi salam. Tapi tiada yang menyahutnya. Peluh mula menitik. Hanan
masih terjengah-jengah di celahan pagar.
“Bos betul ke alamatnya ni?” Diseka peluh
di mukanya.
“Inilah alamatnya. Tapi takkan tak ada
penghuni langsung,”
“Entah. Kejap saya nak pergi beli keropok
lekor. Bos nak?”
“Boleh jugak. Hati-hati sayang,” Terhenti
langkah Hanan. Bosnya makin berani bergurau sejak kisah lamaran di sawah padi.
“Assalamualaikum pakcik,”
“Waalaikumussalam nak,”
“Nak tumpang tanya, rumah ni memang tak
ada orang ke?” Adli menyusun kata.
“Oh ada. Ada apa cari dia?” Pakcik itu
memandang ke arah rumah. Dia mula mengeluh.
“Saya saudara jauh. Nak jejak dia semula.
Pakcik tahu dia ke mana?”
“Tak apalah nak. Masuk dulu. Nanti pakcik
terangkan,” Hanan yang baru sampai terlopong sebentar. Nak tak nak dia terpaksa
menurut tingkah bosnya.
Perbualan dengan Pakcik Mustafa
benar-benar memeranjatkan Adli dan Hanan. Rumah banglo itu merupakan rumah
pusaka milik nenek Adli. Lama sudah Adli menjejaki nenek kandungnya. Akhirnya,
pencariannya berhasil juga. Namun, ada lagi halangan yang perlu dia tempuhi.
Xxxxx
Telefonnya berdering. Hanan segera menekan
punat hijau. Ibunya memesan beli barang. Maklumlah kenduri doa selamat sempena
adiknya beroleh kejayaan akan dilangsungkan malam ni. Mungkin sekarang sudah
ramai jiran tetangga datang membantu. Itulah kehidupan di kampung yang sangat
berbeza dari bandar. Hanan dan Adli meneruskan perjalanan ke destinasi kedua.
Bimbang emaknya bising pula.
Xxxxx
Keadaan seisi rumah hingar. Kalau rewang takkan senyap pula. Tak pelik orang kampung sebising ini. Hanan melangkah masuk ke dapur.
"Amboi anak dara ni. Seronok belanja?" Mak Milah menyakat anaknya.
"Ada-ada je mak ni. Ni orang dah belikan barang mak nak. Nak naik solat kejap. Asar nak habis dah ni," Segera Hanan bergegas mendaki tiga anak tangga. Sok sek makcik kampung tak diendahkan. Mulut orang mana boleh tutup.
"Hah Milah. Anan tu molek kalu jadi bini orang," Mak Milah tersenyum.
"Saya tunggu dia dirisik je. Kalau dah ada calon memang nak langsung cepat,"
"Dengan budak bandar tu? Amboi besan orang KL nampak," Mak Eton tak nak kalah.
"Kalau dah jodoh apa salahnya. Budak-budak tu berhak tentukan hidup sendiri,"
"Mu ni kasi muka sangat. Pahtu keluar paper kena cekup. Malu orang kampung kito ni," Sebilangan mengiyakan. Mak Milah tersenyum. Dalam hatinya berbisik sesuatu. 'Memang dah kena cekup pun'
Bersambung.
Nota Iffah: Orang Ganu maaf aku tak reti sangat dialek ni. Kalau salah tegur. Nanti aku betulkan kadar segera. Nak tanya member macam susah pulak. Hehe
Ps: Dia tak ingat dah cerita ni.
7 comments:
heee
nasib opah bukn org ganu
so x leh nk kondem
hehehehe
aiseh.. kena baca citer ni dari awal..
haikkkkkkkkkk????????
dah part 9????mne part2 8 7 6 5 4 3 2 1????
cmne aq leh tlepas ni???
meh blajar cakak ganu molek dengang zizang http://www.youtube.com/results?search_query=kelas+belajar+cakak+ganu&oq=belajar+cakak+ganu&aq=1m&aqi=g1g-m1&aql=&gs_sm=e&gs_upl=4997l9707l0l13442l18l13l0l0l0l0l1590l8313l0.2.1.2.0.3.3.1.1l13l0
Dia tak ingat?
eh.. aku ingat! haha.. dah lama tertunggu-tunggu sambunganya. tapi tak brani tanya.. yelah org kan menaip pakai satu jari..
*Iffah sebenarnya nak kata "Pendeknya.. nak lagi.. nak lagi.." :) tapi bukan mendesak tau!
aku ingatkan cite ni da tamat.... pe2 pon god job.... bt I berangan sendiri... buatlah babak hanan jmpe kekasih lama.... msti menarik...hahahaha...
P/S : bahasa yg lbh betul dlm loghat terengganu
"Mung ning beri muke ngat. pahtu keluo paper kena igap. malu orang ka'pong kita ni"
sje2 m'jenguk ke blog awak... rindu kt cite hanan n adli ni.... lalu sy pon nk tnye... ble agknya cite ini bkl d sambung??? kihkihkihkih.... jgn mare ye
akak :)
bole tk klau saya nk rewrite cerita akak kat mana-mana site?
sbb saya suke sgt cerita akak.. nnti saya credit nama akak kat site saya.. bole?? :)
Post a Comment