CORETAN TERBARU NADH

Kalau bukan dia siapa lagi?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku penat fikir tajuk. Dah lama otak nak mengarang. Kelmarin aku berborak dengan dia. Ala dia yang misteri tu. Korang asyik meneka aku asyik berahsia. Bukan apa, tak rasa nak bagitau. Bila dah bagitau korang tak percaya. Jadi baik diam. Perbualan aku dan dia:

Aku: Kenapa tak bagitau dia?
Dia: Tak naklah dia tahu.
Aku: Kenapa?
Dia: Entah.
Aku: Kita nak nampak bodoh kat siapa kalau bukan yang tersayang macam ibu ayah, makwe pakwe, kawan rapat.
Dia: ............

Dialog diubah suai sebab aku malas nak copy paste. Cuma aku bebel sikit kat dia. Risau sangat orang tuanya tahu pasal masalah dia. Kita selalu macam ni. Nak yang baik je nampak. Yang buruk tak nak tunjuk. Sebabnya tak nak susahkan orang tersayang.

Bila ada masalah bukan cari ibu ayah, rela cari orang yang tak ada pertalian darah. Orang yang tak penting langsung. Kenapa tak nak nampak bodoh depan orang tersayang? Kata sayang, dia patut terima apa je kebaikan dan keburukan. Sampai bila nak sorok kelemahan? Siapa setuju?

Ps: Sorry dia!

15 comments:

Adam Malik said...

dia taknak org tersayang kongsi serabut dia,,..

maszull said...

assalamualaikum iffah...betul tu setiap kelemahan kita perlu juga die ketahuinya kalau x mcm mana nak hadapinya di masa2 akan dtg...

biarlah die tahu bagaimana keburukan kita dahulu kemudian barulah die akan nampak kelebihan kita plak...

itulah yg dikatakan menerima kita seada-adanya...:)

Ce'gu JAERA said...

ehemmm.. saya orang pertama yang angkat tangan. setujuuuu..

depan pasangan tak yah nak hipokrit.. biar sama2 tahu kelebihan dan kelemahan masing2...

Nong Andy said...

saya..saya... saya setuju!(lagi angkat tangan tingi2)

tapi masa bercinta mcm tulah kan.. yg baik jer nampak. karang udah kawin?????? ha.....(aku dah jwb dlm hati jawapannya hehehe)

Unknown said...

Setuju!! Sambil angkat tangan ni. :D Um, kalau parents tau masalah kita, dorang akan try tolong sedaya mungkin. Lagipun, parents tak kan burukkan anak dia depan orang lain. So, jangan risau la. parents terima anak dorang seadanya. ^__^

lieynanilaz said...

sekiranya ada masalah luahkan pada orang terdekat seperti famili kerna mereka lebih memahami...:)

azu said...

setuju..biar ibu bapa jadi kawan terbaik buat anak2 ni.or myb mesra kawan, tpi biar kawan yg mberi nasihat n berfaedah utk kita kan;)

mas saari said...

lebih baik parents yang tau dari orang lain..

maszull said...

assalamualaikum iffah ...mama dtg balik bawakan n3 ni yer...:)

http://maszull.blogspot.com/2011/12/5-blog-wanita-pilihan-ku-2011.html

Farhanhanif91 said...

sepanjang hidup saya, baru jumpa sorang kawan lelaki yang selalu cerita masalah dia kat parents... paling ramai lelaki rela kongsi masalah dengan kawan rapat... kalau perempuan takyah cakap la... memang mak je memanjang... hehehe

cik ika said...

setuju..lebih2 laki ni suke smpan masalh,,,

Kira Sakura said...

mcm akak, akak lg senang simpan sendiri.. sbb xnk orang kusut dgn masalah akak..

biar org laen tgk kebahagiaan bkn kesakitan akak.. sbb akak xnk diorang sedih dgn apa yg jadi kat akak... tue klu akak la.. :)

Eera Shera said...

nak tau la sape dia tu hehe

.........cP~ said...

saya sama dengan dia la. saya tak suka tunjuk masalah kat orang yang rapat. tapi, bila saya berkongsi masalah dengan orang yang saya tak berapa kenal, akhirnya saya dapat kawan baru. Tuhan temukan dengan orang yang betul pulak. Alhmadulillah. hehe
p/s: dia baik <---saja je ni

Faaein Talip Roy said...

sebab ada orang mungkin rasa luahkan pada yang tak kenal.. dapat kurang rasa beban dalam diri..

kalau luah pada orang yang kenal.. nanti bukan nak menaikkan semangat tapi melemahkan adalah.. hurmm.. sekadar pandangan..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers