CORETAN TERBARU NADH

Kulit putih jadi hitam

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Yang hari tu aku cerita pasal orang kulit hitam manis. Kali ni kita ubah topik. Kulit putih. Ada juga orang yang nak berkulit hitam. Seronok orang kulit hitam ni kan. Maksud aku kulit gelap. Yalah Allah dah elok-elok jadikan kita sebaik-baik kejadian, kita ubah lagi.

Apa yang diubah?

1. Kulit:
Ada jugak yang jalani pembedahan ke apa. Aku pun tak reti bab-bab ni. Untuk gelapkan kulit dia. Contohnya macam Louis Khoo pelakon Hong Kong yang berkulit gelap. Padahal dulu dia putih. Orang cina mana ada kulit gelap macam tu. Tapi kacak kan dia? Selamat kau memang kafir. Ada kan artis Malaysia buat? Islam pulak. Malas aku nak sebut.

2. Kening:
Kening tu tebal. Tak cantik. Bersepah-sepah. Bersambung macam lelakilah. Jadi dia memproses kening bagi lawa. Amboi lawa sangatlah kening sebaris je. Macam tak ada kening aku tengok. Allah laknat tau orang ubah kejadian ni.

3. Pembedahan plastik tujuan kecantikan:
Ini memang! Artis korea ramai buat. Aku tahu. Bentukkan hidung, tajamkan dagu. Bulatkan matalah. Macam-macam sanggup diorang buat demi kecantikan. Ada kan artis kita buat jugak? Ehem tak ingat dosa ke? Tapi ada pembedahan plastik yang dibenarkan. Macam aku tampal kulit. Macam budak sumbing. Macam telinga terbakar lepas tu cair. Doktor buat telinga palsu untuk dia. Jadi tak nampak cacat. Macam orang kena simbah asid, jadi buat pembedahan kembalikan wajah asal.

Kesimpulannya, bersyukur dengan nikmat Allah beri. Tak payah nak rasa rendah diri. Kata diri tu tak cantik. Cantik tu bukan kita yang nak menilai. Cantik tu Allah yang jadikan. Sampai masa akan ada seseorang yang terima kecantikan semula jadi kau tu. Dia je yang kata kau cantik. Tak apa janji ada kan? Allah tetap sayangkan kau yang pastinya.

Ps: Dia cantik? Wakaka

15 comments:

AININ SURAYA said...

apa yang allah beri tu memang dah yang terbaik untuk kita .

alhamdulillah bersyukur dengan apa yang saya ada =))

Juliet_iRa~" said...

wahh hehee..;p..tips kecantikan ea ni..;p

Anonymous said...

betul2.. kening CK tebal, smpai ade org soh CK nipiskn bgi nmpak cntik. Huhh~ sesuka hati jer..

aamalinaazman said...

bergembiralah walau macam mana keadaan kita kan :)

mekjangok said...

aku bersyukur dgn apa yang ade...

Lydia Miza said...

betul tu iffah..ni bibir elok nipis leh jimat lipstik ditebalkan..haha.hidung kembang blh hirup udara Allah dgn mudah dimancungkan..huhu.lupa semua tu dosa.pantis kening tu sah2 dosa rasullullah dah pesan dr dulu lg.tak tau ke buat2 tak tau?

Nong Andy said...

yang penting hati kena cantik.. kecantikan hati paling susah nak jaga sebab 'seta-setan' selalu melunturkan kecantikan hati kita..

mas saari said...

akak suka dengan kulit akak! walaupun tak putih tapi manis...heheheeee

maszull said...

assalamualaikum iffah...terimalah diri kita seadanyakan....redha dgn apa yg Allah telah jadikn....:)

L said...

huhu. manusia xpnh puas dgn apa yg diorg ada..

Dayang Deno said...

bersyukurlah dengan nikmat sedia ada yang allah beri... :)

sarah mohamad said...

Tu namanya tak bersyukur dengan nikmat Allah SWT. Dah elok2 Allah buat macam tu diubahnya.

Anonymous said...

betul tuu kak. saya tak faham dengan orang yang nipiskan kening. kadang2 sampai tinggal satu baris je kening tuu. tak cantek laa, sangatt pelik =.='

Eera Shera said...

org yg ubah muka tu makin hodoh ade la..

Kira Sakura said...

Allah tak menilai rupa paras hambaNya tapi ketaqwaan hambaNya :)

bab kening tue, kening akak ade seciput jer mmg mcm tue sejak dari dulu lagi..huhuhuhu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers