ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang duka sukar dijangka
kadang suka payah nak tiba
hati punah siapa yang sangka
melihat kau dan dia bahgia
Hati mula rasa nak gila
kenang kisah kau dan dia
buat jiwa semakin lara
sakit di dada setiap masa
Sungguh lama berdiam diri
dalam diam dia di hati
hanya aku sibuk menanti
rupanya hatimu sudah terisi
Diam aku diam berisi
terasa hati kian disakiti
buat dia insan kukasihi
moga kau bahagia kini
Nota penulis: Patah hati tentunya bukan aku. Tak semua yang tulis berkaitan dengan penulis hehe.
Ps: Dia sibuk.
Kadang duka sukar dijangka
kadang suka payah nak tiba
hati punah siapa yang sangka
melihat kau dan dia bahgia
Hati mula rasa nak gila
kenang kisah kau dan dia
buat jiwa semakin lara
sakit di dada setiap masa
Sungguh lama berdiam diri
dalam diam dia di hati
hanya aku sibuk menanti
rupanya hatimu sudah terisi
Diam aku diam berisi
terasa hati kian disakiti
buat dia insan kukasihi
moga kau bahagia kini
Nota penulis: Patah hati tentunya bukan aku. Tak semua yang tulis berkaitan dengan penulis hehe.
Ps: Dia sibuk.
18 comments:
suka rangkap ketiga...menusuk...hahaha
patah seribu hatiku ...kata shila amzah ..huhu
sedih pantun-pantun ni, huhu :(
penatlah asyik patah hati je.huhu
walau seremuk manapun hatimu dilukai,
cantumlah kepingan hati itu kembali dan serahkannya kpd Ilahi. Pasti tiada lagi patah hati dan dilukai :)
pantun patah tumbuh ilang berganti x de ke??haha
assalamualaikum iffah...bestnya bunyi pantut tu...:)
mungkin bukan jodoh.
lepaskanlah dia.
seronok membacanya. berpantun lagi lah ea ;)
yaa, semua pantun patah hati ini pun ada kena mengena dengan diri saya juga.. ekekeke...
ifah pandai berpantun!! :)
Aku bab berpantun ni memang out! hihihi... cantik pantun iffah. asik kena je ayatnya.
iffa : kte sedey ~~ mcm kena pd diri huhu
walaupun ni bukan untuk yu..
tapi nape ai pulak yang terasa..
hahahhaha... :P
Faham,
tak semua yang ditulis itu
berdasarkan apa yang dialami oleh penulis.
Tapi tak ramai yang faham tentang ni :)
Latest Post:
Perubatan Tradisional Untuk Pelbagai Penyakit
berpantun akak x pandai.. hihihi
wah layan puisi ni yang rasa nak post puisi gak ni~ bukan puisi patah hati tapi puisi time cintan2 dulu.. sekrang da takde la.. single sampai jodoh datang bergolek.. haha :p sudi tak nak tengok puisi tu? ;p
cam kisah sy la plak..huhu...redha j la..
:)
Post a Comment