CORETAN TERBARU NADH

Pantun Sakit Hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini pantun basi. Aku dapat idea masa katek berpantun kat FB. Baru sekarang nak publish. Duduk hospital jenuh menanti hari. Malam ni tidur wad sorang. Tak sampai hati tengok orang jaga tidur kat kerusi. Sakit badan kot. Jom layan pantun tak seberapa ni.

Jiwa meroyan tak tentu hala
Sibuk fikir masalah dunia
Hati yang sakit ada ubatnya
Lapangkan dada kosongkan minda

Dunia ini penuh pancaroba
Kuatkan hati bersama-sama
Jangan hendak memendam rasa
Baiklah berkongsi suka duka

Hati perit sendiri merasa
Cakap banyak nanti terasa
Sejukkan hati yang binasa
Dengan Quran penuh kuasa

Ps: Hati dia kuat.

14 comments:

Unknown said...

bila sakit hati, Eza akan tido kejab :).

Iffah baca buku la, dah sorang-sorang kat wad tu.. :(, nanti bosan plak.

Katak Bulat said...

nak tahu cara ilangkan bosan..jerit kuat2 kat dalam wad tu, ajak sekali pesakit yang lain menjerit...good idea kan...

sory yek..just joking

Efa Nur said...

Al-Quran peneman sejati :)

semoga iffah cepat bAik :)

Totie@Tomy said...

pernah rasa duk wad..rasa tertekan sangat..tp terpaksa sbb darah tinggi..demi anak dalam perut akak/..

K O R I E said...

akak ada kt wad hospital mana?
klulah kita praktikal kt situ
msti bley jumpa..

apa pun, kita doakan moga akak cpt sembuh !

#sakit apa yea~ curious nk tahu.

Bidadari Syurga said...

ikan sepat masak asam
kucing lari bawak makan
apakan daya hatiku pendam
diam dan pergi canggung sakan

ps: tak teror pantun... heeeeeee

Bidadari Syurga said...

kesimpulannya.. yassin adalah jantung kepada al-quran.... akak didedahkan untuk hafal yasiin bila sakit mendatang yg tiada ubat disediakan...

KaK LimAh Si SupiR said...

kesian iffah sorg2 :(

Anonymous said...

Katek?
Mksud kamu puteri katek ke?
Oh sy knl dia tu,katak versi fb..
Wakakakaak...
Knp kamu ada kt hospital?
Sory lmbt lak blas blogwalking..
Mgkin jwpn knp kamu ada kt hospital tu ada kt entri2 sebelum ni..
Oke sy selongkar balik entri2 kamu...
Ermm..smoga cpt sembuh ye..!!
Sy dgr kt hospital byk hantu..
Eeeeeee takotnye takotnye..
Cpt2 la keluar dri hospital tu...

Kira Sakura said...

btol.. Quran la yg blh menenangkan bila ade masalah..

Miza Idgihat said...

bile kite ada masalah bile kite solat ngn baca al quran . tenang je hati kan :')

semoga cepat sembuh ye kak .

Eera Shera said...

sakit hati kalau dilayan boleh jadi kanser hati hehe

aamalinaazman said...

aiyooooo
dan lag berpantun na
hehehehe
canne tido spital okeh x?
hehhhehe

Jay said...

Hati yang sakit ada ubatnya,
Lapangkan dada kosongkan minda,
carilah seorang yg belum berpunya,
agar dapat menemani anda.

Jangan hendak memendam rasa,
Baiklah berkongsi bersama,
luahkan pada yang maha kuasa,
ketenangan berada di jiwa.

Sejukkan hati yang binasa,
Dengan Quran penuh kuasa.
ingatkan allah sentiasa bersama,
moga bahagia kekal selama.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers