CORETAN TERBARU NADH

Follow!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cerita pasal ni lagi. Bosan ke? Sorry. Tapi aku nak cerita jugak. Sebenarnya, semalam aku terlalu sibuk. Sibuk uruskan blog. Aku pening tengok update yang terlalu banyak. Jadi aku bermeditasi sebentar. Akhirnya aku dapat jawapan iaitu membuang blog yang aku tak suka singgah, tak pernah singgah, entry tak menarik, selama aku follow dia tak pernah update.

Maaf aku bukan sengaja. Tapi yang aku buang adalah untuk kebaikan bersama. Aku tak nak aku paparkan muka aku tapi sikitpun aku tak tinggalkan jejak. Sikitpun aku tak melawat blog dia. Ini pun ada 172 blog yang aku follow. Ini pun belum tentu yang aku baca. Besar tanggungjawab ni.

Bila kita follow maknanya kita nak ikuti perkembangan dia. Tapi kalau setakat tayang muka buat penuh aku rasa aku bukan orang itu. Jadi aku tarik diri. Insyaallah ada masa, ada minat aku akan follow dengan hati terbuka. Bukan sebab korang dah follow aku follow balik. Bukan sebab korang popular jadi aku kena follow. Itu semua dulu.

Masa aku baru belajar berjinak dalam dunia ni. Sekarang aku bukan seorang yang gila follow. Aku gila pembaca. Aku nak ada pembaca. Aku tahu ada seorang dua memang ikhlas baca blog aku. Selalu drop comment. Terima kasih. Jauh lagi perjalanan blog ni. Aku tahu susah. Tapi aku kena laksanakan misi ni. Aku taknak orang kata aku di takuk yang lama.

Hinaan, cercaan, makian aku terima dengan hati gembira. Semoga mendatangkan pahala kepada aku. Aku tak boleh emosi sebab blog aku untuk semua. Bukan diari. Segala aku tulis akan ditanya di akhirat kelak. Serius aku takut.
Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers