ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bajau? Pernah dengar? Tak silap aku Adam AF orang Bajau. Aku nak kongsikan sedikit tentang kaum Bajau ni. Bajau merupakan masyarakat pribumi kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Jangan terkejut. Kaum ini kebanyakannya duduk di Semporna dan Kota Belud,. Eh tempat Felix. Kaum ada di Sabah ye=)
Antara orang Bajau yang terkenal di Malaysia ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia iaitu Speaker Dewan Rajyat, Adam AF2, Ayu OIAM, Allahyarham Yani Mentor. Aku senaraikan sikit je. Yang lain kena terjah. Aku tahu kaum ni pun dari Akademi Fantasia. Ya dulu sangat layan. Sampai lagu jambatan tamparuli dah nyanyi sebaris dua. Err yakah?
Setiap kaum ada adat masing-masing yang membolehkan mereka menunjukkan identiti mereka. Adatnya bermual dari kelahiran sampai kematian. Kalau kita mengandung, kena ada pantang kan? Samalah dengan adat kaum ni. Contohnya, berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiram serta lenggang perut.
Kalau korang perasan ada adat yang sama dengan kita punya adat. Sebenarnya adat melayu ni pun diambil dari pelbagai adat dan disuaikan dalam adat kita. Tapi kena hati-hati sebab ada antara adat yang tak boleh kita ikuti kerana pegangan agama kita. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik di sumber di bawah.
Ps: MissRan akan post entry pasal kaum lain pula akan datang. Tunggu!
Miss Ran
No comments:
Post a Comment