CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 18

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hah aku kembali. Cuti ni penuh dengan aktiviti memasak jelah. Hari ni aku masak ayam. Erk sedap ke? Aku pun tak rasa. Ayah aku balik tepat pada waktunya. Anak mithali ni. Mujur rajin masak. Hehe


Okey nama masakan tak ada. Tak tahu nak letak. Kejap-kejap. Ayam bertiram black paper boleh? Lantak jelah eh.


BAHAN:

8 ketul ayam potong kecil.
Separuh biji bawang bombay
Bawang putih
Satu sudu teh lada hitam
Satu sudu teh sos tiram
Satu sudu teh tepung jagung
Setengah cawan air paip
6 biji Kacang buncis (Erk biji ke?)
2 inci lobak merah dihiris memanjang
Satu biji cili hijau
Garam secukup rasa(Rasa kalau oke tak payah tambah. Pandai-pandailah)

Cara:
Masak ayam dengan garam, lada hitam, air.
Bila air kering masukkan minyak masak, bawang dan cili.
Masukkan sayur-sayuran.
Goreng kemudian masukkan air, sos tiram dan tepung  jagung.
Siap!

Nilah hasilnya
Erk macam tak sedap eh? Ayah aku makan senyap tak komplen. Ok lah kot. Itu pengkritik makanan kalau nak tahu hehe.

 Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers