CORETAN TERBARU NADH

Review KEMBAR SIANG

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Haha mulakan harimu dengan ketawa. Gembirakan hati yang berduka tu k. Jom layan cerita ni. Aku bagi 4 bintang. Sebab? Kelakar. Meringankan beban anda. Hehe cerita ni sweet. Tak logik pon ada. Tapi okeylah untuk hilangkan rasa tertekan anda-anda. Jangan sedih-sedih. Ceriakan diri anda.

Cerita ni mengisahkan dua kembar. Seorang abang dan adik. Abang normal tapi adik macam kelainan upaya. Aku tak pasti adiknya sakit apa. Nampak macam pintar cerdas. Nampak macam gagap.Lebih kuranglah kot. Tapi si abang dah ada makwe. Si abang tak pernah bagitau kat makwenya dia ada adik kembar.

Lama-lama tahu jugak. Nak jadikan cerita abang nak suruh makwe dia kahwin dengan adik. Sebab adik kena kahwin dulu. Abang dia dah janji dengan arwah ayah. Diorang tinggal dua beradik jelah. Tapi ada yang aku tak berkenan. Lucah dan lawak digabungkan. Mungkin orang tak faham buat biasa je. Tapi anak-anak sekarang dah moden. Faham sangat dengan double meaning. Dah jadi trend kan? Sedih pulak.

Apapun saksikan cerita ni untuk rehatkan minda. Memang kelakar. Sampai sekarang rasa nak tengok kak limah je ni. How come? Hehe nak download cerita ni kat syok.org pun boleh. Takpun pergi langgan astro First.

Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers