CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 20

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Resepi kali ni dari SIFU MASAKAN. Nak pergi buat jap! Erk tergangu gara-gara encik Ben dalam entry yang ini. Tapi terlambat. Tak kisahlah. Janji i suka. Haha

Sifu masakan, saya derhaka. Banyak pulak si derhaka. Mana taknya banyak bahan tak ada kat dapur ni hah. Ampun dipinta ya pakcik mat! Resepi asal pakcik mat ada di sini.

Bahan Doh:
250 gram tepung gandum(cap sauh) +10gram
45 gram gula kasar(tak ada gula halus ni)
1/2 sudu teh garam
Susu tepung tak ada jadi ganti tepung gandum jugak.
1/4 sudu teh bread improver (tak ada jadi tak letak)
1/4 sudu teh bread sorftener (tak ada jadi tak letak)
1 Telur(patut 30g dan kena timbang tapi aku derhaka)
8 gram yis segera (ni pun aku derhaka patut 6 je)
20 gram mentega (aku guna suka hati je tadi. Lupa berapa gram guna)
125 ml air suam

Bahan Inti: (Sifu buat tuna, anak murid buat sardin)
2 ekor Ikan sardin dalam tin
3 sudu besar Mayonis 
1/2 biji bawang
Bahan tak ada. Jadi guna yang mana ada je k. Memang betul-betul derhaka ni.

Cara:
Campur air suam dengan yis. Biarkan seketika.
Campurkan semua bahan doh kecuali mentega.
Uli-uli lebih kurang 10 minit.
Lepas itu, barulah sapukan mentega dan uli lagi.
Uli sampai 10 minit.
(Agak-agak jelah. Rasa dah okey biarkan je)
Tutup dengan kain selama 45 minit. (agak-agak dah kembang bolehlah guna)
Begini rupanya ya anak-anak!
Kemudian taburkan tepung di atas permukaan rata.
Letak doh. Canaikan menjadi rata.
Letak inti yang ada tadi atas doh. 
Letak sardin tadi macam ni. Gulung!

Macam ni rupa setelah gulung. Sekali tengok macam mayat kan?
Potong gulungan ini sama rata.

Macam nilah! Buruk!
Letak dalam cup cake. (Main ambil cupcake yang ada je)
Close up!
Bakarkan dalam oven selama 20-25 minit. Suhu tak tahu. Tadi 180 c
Jadilah begini.
Siap dihidang
Erk jangan tanya kenapa tak sama dengan sifu. Rupa memang jangan dipandang. Rasanya? Sedap kot. Ibu ayah makan 3 biji sorang. Erk melantak ke apa? Dapatlah 13 roti tak sama saiz. Mana boleh lawan sifu. Erk tak lawa. Larikkkk.
Post by,
Miss Ran 



No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers