CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 17

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Erk entry ni bukan masakan aku. Masakan adikku yang comel lagi tembam. Dia bangun pagi-pagi. I tinggal kacau je. Hek bagus rupanya ada adik masa cuti ni. Hehe menu kami hari ni ialah MAKARONI GORENG. Bagi aku sedap. Tak tahulah korang. Hehe jom terjah resepi. Macam buat mee goreng je.

Bahan:
Makaroni yang da direbus dengan minyak dan garam.
Bawang merah
Bawang putih
Cili boh aka cili kering kisar
Sos cili
Cili merah
Tomato separuh biji
Ayam potong dadu
Udang 6 ekor(suka hatilah)
Lobak merah dihiris halus dan panjang
Daun bawang daun sup
Kicap manis

Cara:
Tumis bawang putih, bawang merah.
Masukkan cili boh dan tumis sampai naik minyak. (Er macam minyak tu dah asing dengan cili)
Masukkan ayam
Masukkan sos cili dan tomato potong dadu.
Masukkan kicap sedikit.
Tumiskan semua.
Letak makaroni.
Masukkan udang. Kacau-kacau siap!
Siap!
Jemput makan kawan-kawan. Memang sedap. Adik siapa yang pandai ni. Doakan adik i dapat 8a dan masuk asrama penuh. Beria dia nak masuk. =P Tapi bukan best pun masuk asrama. Jemu!
Post by,
Miss Ran 


No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers