CORETAN TERBARU NADH

Buat aku tersenyum

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ni semua penangan encik ketak-ketak. Baru join segmen dia tadi dah 8 komen. Tu pun kelakar je baca. Aiyak korang ni bikin i malulah. Er tak reti cakap dialek Bangkahulu. Sila google search sendiri. Aku pun tak faham sangat keturunan aku ni. Yup memang dari thailand. Mek aka nenek aku memang putih melepak sampai kat cucu hitam. Haha

Menurut cerita ibu, kitorang berdarah raja siam. Tak tahulah betul ke tak. Tapi lari dari siam sebab derhaka or something. Ibu aku tipu, tipulah aku kat korang. Aku dengar je. Jadi kami adalah keturunan Raja Siam yang tercampak ke kelantan. Err siapa kata awek kelate cun? Aku takpun? Tak semua kot yang cun. Segelintir je. Sebab tempat aku belajar ramai je mek kelate duk kecek kelate denge puok dio. Tak dop pulok come aku tengok. Ye ke aku taip loghat kelate ni? Maaf merosakkan bahasa. Erkk larikkkk.

Bangkahulu pulak asal dari indonesia. Kalau nak tahu, kat area kampung limau manis tepi highway Putrajaya memang penduduknya hampir keseluruhan kaum bangkahulu je. Lagi satu kat area Sungai Kembong, Selangor. Dekat dengan Bukit Mahkota, Nilai tu. Korang boleh pergi selidik. Bahasa dia amatlah susah nak faham. Yalah pelik. Macam jawab. Memang susah. Ayah aku pandai kecek kelate. Mungkin sebab duduk mengajar kat sana sebelum bernikah dengan mek kelate. Hehe

Ayah aku cerita yang dia juga keturunan Raja di Indonesia. Disebabkan satu tempat itu dijajah, diorang pun larikan diri ke negara ni. Sebab tak nak kuasa penjajah menguasai mereka. Kira macam kaum bangkahulu ni mempertahankan kaum mereka dan enggan menunduk kepada kuasa jahat. Jadi diorang membentuk puak diorang kat sesetengah area. Kalau pergi kampung aku, memang ada dialek mereka. Tapi sekarang dah ramai orang luar kat kampung tu.

Kesimpulan, dua-dua dialek pun aku tak reti. Dengar faham je. Macam kelantan aku boleh faham sikit-sikit. Tapi bangkahulu, serius surrender. Nenek aku cakap langsung tak faham. Asyik senyum. Iyakan je. Hahha cucu yang kejam=P
Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers