CORETAN TERBARU NADH

Pernah rasa menyesal tak?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku saja nak up entry jugak sementara tunggu jiran buat vlog. Dari pagi satu je update. Ustazah lagilah nak update cerita di Sedenak. Sekarang sedang jeles. Tapi tak apalah. Ada hikmah kot. Mungkin kita tak berpeluang lagi bertemu muka.

Sambung cerita mengikut tajuk. Pernah tak korang rasa menyesal? Tipulah tak pernah. Kadang aku rasa menyesal sangat. Bila? Bila aku senyap. Bila aku tak berani nak berkata tidak dengan orang. Bila aku tak dapat luah apa yang aku rasa.

Sakit sangat bila kita terpaksa senyap demi menjaga hati orang lain. Hati kita yang memakan diri. Tapi walaupun menyesal aku tak pernah nak nak merungut kat orang berkenaan. Bagi aku biarlah kita terluka jangan asyik kita melukakan orang.

Bukan senang nak kekal dalam perhubungan. Susah. Perhubungan bukan tertumpu pasangan bercinta je ye. Perhubungan dalam keluarga, kawan rapat. Semua ni penting dalam hidup seharian aku. Tanpa diorang siapalah aku. Jadi aku kadang kena menyembunyikan rasa sebenar demi perhubungan.

Menyesal? Tak pulak sebab ikatan terbina lagi penting dari hati aku. Kalau setiap masa ikut hati boleh mati. Jadi berpada-padalah. Kawal emosi. Lagi-lagi perempuan. Selalu sangat emo. Macam-macam. Tapi setakat sekarang aku menyesal satu perkara je. Menyesal ku akui tak terima cintamu. =P 

Tak adalah. Menyesal sebab benda yang lampau. Tapi benda dah lepas kan. Orang selalu cakap macam tu. Tapi kalau kita buat dosa dan tak rasa menyesal. Payah tu, hurmmm.

5 comments:

Sunah Mohammad said...

kadang2 meluahkan itu perlu...memang sakit bila memendam sendiri dalam hati...

i'm ezza haniza said...

amboii..menyesal tak trima cinta dia ?

mybe ade yang terbaek dr dia tuu

.fariza. said...

bila fikirkan banyak benda sepatutnya kita rasa menyesal. kita bukan manusia sempurna. sentiasa buat dosa. menyesallah kita dgn dosa yg kita buat :)

acaibudaktepeng.blogspot.com said...

warna warni,masam manis pahit getir,..itu lah kehidupan,...hidup tak indah sentiasa

fRaMe+LenSeS said...

that the reason why i LOVE MY BLOG SO MUCH.. ehehehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers