CORETAN TERBARU NADH

Hargai

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Orang selalu cakap hargailah masa dia ada. Bila dah tak ada baru nak terkenang-kenang. Ayat ni klise aku tahu. Tapi sejauh mana kita hargai ayat itu?

Tak jugak hargai ayat tu. Sebab kalau kita hargai takkan ayat tu diulang berkali-kali. Bila dah tak ada baru nak meratapi. Rasa macam loser pun ada kan? Tapi nak buat macam mana. Yang pergi takkan kembali. Bukan pergi meninggal dunia. 

Pergi maksud aku hati dah beralih arah. Susah kalau hati dah beralih arah. Kau nangis air mata darah sekalipun kau takkan dapat balik benda yang ada. Macam hati wanita. Sekali dia dah toleh selama-lamanya akan hilang dari pandangan.

Aku memang pantang tengok orang tak menghargai apa yang dia ada. Masih tak puas dengan kelebihan yang dah ada. Hargailah yang mana ada tu. Bukan senang nak cari orang yang sayangkan kita. Tapi selalunya perempuan tak reti hargai ni akan mencari lelaki yang dia sayangi.

Ingatlah lelaki itu akan tinggalkan kau untuk perempuan yang dia sayangi pulak. Inikah hukum karma?


4 comments:

JIJI YU said...

hurm..aku pernah dtinggalkan kerna menyayangi

sergeant keroro said...

retoi?? *lol*

p/s : hargailah anak murid yer, sorang dan unik XD

Sunah Sakura said...

u tinggalkan sape ni?

Atiqah Sa'ahiry said...

hargailah sesiapa..kawan-kawan dll

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers