CORETAN TERBARU NADH

Bila dah sakit

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kita ni bila dah sakit baru nak ingat mati. Baru rasa nak syukur kita sihat selama ni. Hidung aku dah kritikal. Tak tahulah nak menyanyi macam mana dengan budak-budak ni. Haha sakit tekak tak hilang lagi. Ubat dah makan. Member aku suruh makan limau dengan madu.

Tekak tak boleh terima. Pelik betul rasanya. Malam pun tidur dengan aircond. Bukan sengaja. Tapi dah duduk dengan orang. Takkan nak ikut kepala sendiri kan. Sweater dengan selimut memang tak lepas. Lupakan hal aku. Sakit sikit nak merungut. Minum ais jugak Haha.

Ni aku nak komen pasal cerita drama kat TV3 semalam. Pasal cerita Ramadhan terakhir. Bila dah kena HIV baru nak insaf kan? Selalu macam tu. Kadang aku rasa ia terlalu klise. Tapi itulah hakikat sebuah kehidupan. Kita sakit baru ingat nak mati.

Kita sihat selalu lupa Allah. Bukan sakit teruk pun dah rasa insaf. Kalaulah aku tak main hujan, takkan aku demam teruk macam ni. Nak buat apa pun tak boleh. Semua nak kena ada akibat baru nak jadi baik. Macam mat rempit. Bila hilang kaki sebelah baru menyesal.

Kita kena sedar, selama mana pun kita hidup kalau kita tak beribadat kepada Allah hidup kita sia-sia. Macam puasalah. Kau beria puasa tapi niat bukan kerana Allah. Sia-sia je. Jadi sebelum kita menyesal. Sebelum kita jatuh sakit. Sebelum apa-apa yang kita tak suka jadi. Silalah mensyukuri nikmat yang Allah bagi.

Cara? Beribadat, melakukan amal soleh, membuat kebaikan, bersedekah. Yang paling penting jangan buat dosa. Kesian kat anggota badan kita sebab terpaksa buat benda yang tak elok. Nanti kat akhirat yang jawab persoalan anggota badan kita jugak. Jadi selamat beramal=)

6 comments:

Salim Harmanain said...

sakit tu satu peringatan dari Allah ^_^

mas saari said...

sakit tu mengajar kita erti kesabaran!

Diana @ BKKC said...

nasib baik sakit, ye tak? Kalau tak sakit..agak2 dia insap tak...

fRaMe+LenSeS said...

itu sebagai peringatan .

K said...

sakit itu peringatan, bukti Allah sayang hambanya :)

msredcheesecake said...

Web baik tuhan bagi masa lg nak insaf....

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers