CORETAN TERBARU NADH

Kejutan budaya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sebelum cerita pasal tajuk ni. Aku jaga bebudak paling garang. Siap marah bebudak yang bising. Dah asyik tanya aku. Aku dahlah bengap matematik dengan BI. Matematik darjah 2 dalam BI. Aku asyik kena translet je. Kesian bebudak. Kejap BI kejap BM. 

Topik hangat di sekolah tadi. Asyik mengumpat je kan. Bukan mengumpat cuma berdiskusi. Kau gila nak mengumpat kat situ. Ramai lalu lalang. Isu hangat memang selalu diperkatakan. Korang je jarang perasan atau tak ambil tahu.

Tapi kenapa ramai sangat yang terkena virus kejutan budaya. Contoh pergi jepun, pakaian nak macam style jepun. Kira kejutan budayalah tu. Apa? Kira budaya pegang tangan, peluk, jeans ketat nampak susuk, baju nak nampak tali baju dalam. Semua tu budaya dari mana?

Oh ye orang barat. Kita ni budaya kita apa? Sibuk ikut orang. Sibuk nak pakai gaun kemban. Sibuk nak kissing. Ringan-ringan. Tak ingat dosa ke kak? Dengan manusia reti pulak malu? Dengan Allah? Tolonglah, jangan kata kau baik sebab kau akan berubah satu hari nanti.

Cuma tak tahu ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Terlalu ikutkan budaya orang lama-lama memakan diri. Dah termengandung baru nak fikir mati? Dah terlanjur berpuluh kali baru rasa nak bertaubat? Tolonglah jangan ikutkan trend sangat. Trend buang bayi. Kau pun sibuk buang jugak.

Kejutan budaya boleh kena kat sesiapa je. Bukan orang diperantauan. Orang kat sini pun banyak. Tepuk kepala tanya iman. Iman korang kat lutut ke kat mana? Sekian.

ps: Rasa nak demam. Banyak kerja nak settle. Pensyarah bebila nak datang. Aku makin pening. Kesan semalam ke? Tak larat. Nak balik=(. Taip petang publish malam=P

5 comments:

Lydia Miza said...

kejutan budaya mmg teruk.klu yg baik takpelah..ni klu yg tak elok lg diikut?huhu


akak tgk..org melayu mmg camtu.kat qatar ni,ramai arab perempuan pki seluar dan bersolat.maka ramailah org melayu ikut.kan tak boleh...huhu.nmpk bentuk kaki , tp mereka terikut2 ,kononnya arab blh buat.

aamalinaazman said...

hayooo..mis ran...rehat la no...(tapi tgn laju gak menaip yek..hehehh)

~ kuatkan diri supaya x mudah no tekejot an..=>

K said...

rehat lah, hehe XD

p/s : apabila budaya barat diagungkan.

Nightroad said...

salam alaik
thumbs up kerana brani dan sabar mengajar budk darjah 2..ha3..
saya pun brani mengajar drjah 4 keatas je...=)

Cik Pulau said...

sabar ye..
kuatkan hati..
err.. suka math.
lalala~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers