CORETAN TERBARU NADH

Rancang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Korang selalu merancang tak? Malas nak merancang? Teruk betul. Kita hidup kena merancang. Hidup tanpa rancangan adalah hidup yang sia-sia tunggu mati je.

Rancang penting untuk uruskan kehidupan. Macam korang rancang nak kahwin. Kumpul duit, beli barang semua. Ikut check listkan. Takkan nak kahwin tak rancang terus pergi pejabat kadi. Tu kahwin apa nama tu?

Cakap pasal rancang teringat masa kakak aku nak kahwin. Ingat nak guna masjid UNITEN sebab persandingan kat sana. Sekali tempat tu daerah sepang punya. Nak kena daftar sana. Kami di daerah Hulu langat. Jadi rumit. Sekali pakcik aku cadang idea nak kata bernas macam mintak penyepak je.

Dia kata susah-susah nikah je kat pejabat kadi. Dia ingat kakak aku kahwin paksa ke tangkap basah? Teruk sangat idea tu. Rancangan nak kahwin lari bolehlah macam tu. Cuba anak dia. Nilah bila semua fikir adat je. Fikir persandingan je.

Nikah tu benda wajib. Tuntutan agama. Nikah cikai kahwin nak grand. Apahal? Tu rancangan yang memang bangang. Aku nak tengok dia kahwinkan anak dia kat pejabat kadi. Bukan aku hina pejabat tu. Tapi eloklah biar kat masjid atau kat rumah. Ni menimbulkan syak orang adalah.

Kalau nak rujuk ke kahwin isteri lagi satu bolehlah. Rancangan yang tak bijak memang macam tu. Aci boleh je. Jadi korang adalah perancang terhebat untuk hidup korang. Jangan nak ikutkan sangat kata orang. Susah hidup dikawal orang lain.

Kadang rasa boneka yang digerakkan oleh tuan. Tapi ingat sebaik mana rancangan kita tak setanding hebatnya rancangan Allah S.W.T. Jangan ingat kita planner terbaik sebab sejauh manapun kita rancang tapi Allah tak membenarkan. Ia takkan jadi kenyataan.

Jadi rancangan itu perlu dan selebihnya terpulang kepada tuhan untuk tentukan. Jangan kau nak salahkan takdir. Kau mencuri sebab dah takdir. Jangan nak buat alasan nak salahkan takdir ya. Sekian.

5 comments:

aamalinaazman said...

baek! haittt! merancang sebelom berbeloggg..kiki...=)

Unknown said...

haha kita yang merancang..namun DIA yg tentukan

K said...

man propose, god dispose XD

p/s : bila rancang nak kawin ni?? :P

Sunah Sakura said...

ermm..betul tu...rancang la baik2..

msredcheesecake said...

Miss ran,

Islam pu. Suruh kita ada plan atau halatuju dalam hidup. Tercapai ke tak pal kita tu terpulang pada Dia. Dia maha mengetahui...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers