CORETAN TERBARU NADH

Gua sentap beb!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila masuk hal agama laju je hati aku sentap. Bukan apa. Senakal-nakal aku masih ada agama. Masih ingat apa yang boleh buat apa yang tak boleh. Cuma tak banyak sikit aku buat.

Tapi bila ada orang sibuk merendah-rendahkan orang lain yang kurang baik macam aku tapi bajet alim tu yang aku sentap. Aku bukan apa. Kita ni dakwah tak kiralah kau bekas penagih ke, kau bekas pelacur ke. Tak kisah. Janji ada ilmu agama yang ada untuk dikongsikan.

Kawan aku kata dia baca kat blog orang. Aku pun tak baca sendiri. Dia kata orang yang bajet alim tapi sebenarnya tak adalah baik sangat tu hipokrit. Mengada lebih. Kalau nak berdakwah kat orang memang kenal betulkan diri. Tapi tak bermakna dia tak layak untuk bersuara.

Kalau nak tunggu ilmu tu menggunung maknanya ulama' ustaz dan ustazah yang kat masjid jelah boleh nasihatkan korang. Kira layak berdakwah. Memanglah aku tak sempurna lagi ilmu. Tapi salahke kongsi benda yang kita tahu. Bila ada hadis. Kita katalah benda ni betul Ada bukti.

Mentang pakaian, cara aku, gaya hidup tak melambang wanita muslimah, kau boleh pandang serong macam tu? Hati orang mana kita tahu. Aku pun tulis kat blog ni mengaku je aku pun tak adalah baik sangat. Aku ajak muhasabah sesama lagi.

Tahu bila kita nasihatkan orang kita pun kena betulkan diri jugak. Tapi tak bermakna kata-kata orang yang macam ni salah. Kalau betul ada bukti apa yang dia sampaikan kita terima jelah. Kalau dia seorang yang berdosa kita siapa nak letakkan hukum?

Dosa dia biarlah dihitung dengan Allah S.W.T. Kita pun belum cukup ilmu kan. Ada baiknya kita ambil nasihat, dakwah yang betul darinya dan ucapkan terima kasih. Kalau orang nak kata aku cakap tak serupa bikin pun tak apa. Sekurang-kurangnya aku ada niat nak kongsi ilmu.

Ni semua boleh jadi saham di akhirat. Dari kau kondem-kondem orang. Lepas caci dia baik tak payah. Jadi takkan sebab kita tak sebagus ustaz atau ulama' tak boleh menasihati kawan sendiri. Jangan kata aku tak layak. Aku pun hidup tak betul je ni. Ilmu untuk dikongsi. 

Kalau dia tak buat dia punya pasal. Janji ilmu tu kita tahu dan kita amalkan. Sekurangnya dia dah berjasa kat korang kan? 

ps: Aku pun tak baik mana. Tapi aku ada hati maaa. Terguris hati mak ni =P

5 comments:

aamalinaazman said...

huuuu
saya penah mengalaminye
x pela mis rann
as long kite cube
deme ade cube ke?
huuuuu

K said...

jangan lah sentap :P

p/s : nanti lau terguris leh jahit XD

Unknown said...

tgk apa yg dikata..toksah dok tgk sape yang mengata

biela bell said...

sabar yer..sentap yer..huhuhu..
biasalah tu "junior alim'.
nak menegur seseorang pun patot ada cara nya.
:)

Sunah Sakura said...

sokong jiji...

berdakwah tak perlu tunggu ilmu tebal di dada!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers