CORETAN TERBARU NADH

Bila orang kata tak nak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku bukan nak buat entry touching. Cuma terpanggil nak ajak korang berfikir pada hari ni. Kenapa hati kita susah sangat terima hakikat? Ya hakikat memang payah diterima tapi kalau degilkan hati bukanke lagi menyakitkan?

Aku faham rasa tu. Tapi kalau dah dia kata tak nak. Kita kena terimalah keputusan dia. Ya tak? Aku bukan cakap untuk tujukan kat sesiapa cuma aku terfikir. Sampai bila nak terhegeh-hegeh paksa orang kawan kita, terima kita.

Penat tak? Tak penat? Aku ada cakap tadi kalau dia tak nak kita tak boleh paksa. Susah terima kan? Tapi nak buat macam mana. Memang lumrah ada yang suka ada yang tak suka kita. Misalnya blog, blog aku ni bukan semua boleh terima.

Ada yang nak maki dia punya hal lah. Takkan aku nak paksa dia terima blog ni sebagai santapan mata dia? Lagi-lagi dia tak suka pink. Lagilah menjengkelkan hati dia kan? Jadi apa guna kau paksa bila orang terang-terang kata tak nak.

Cara terbaik pujuk hati dan teruskan hidup. INGAT! Tak semua kita dapat bila kita nakkan ia. Kalau orang tu tak nak kawan, suka, terima kita. Kita redha je. Tukan hak dia. Siapa kita nak paksa? Allah kan ada untuk kita. Buat apa nak cari orang yang tak sudi terima kita kan?

PS: Aku di luar ketika ini.

4 comments:

Unknown said...

ko nak caka pko hapdet dgn aipad lagi ke ni

Hafizin Jamil said...

org tu tak nk kawen nga kita..haha

K said...

haha, like jiji nye komen :P

p/s : betul, tak de orang suka alien T.T

Sunah Sakura said...

sape yang tak suke pink ni?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers