CORETAN TERBARU NADH

Sesat di Melaka

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku menghadapi masalah dengan kereta tadi. Memang cuak tapi pura-pura cool. Serius tak tahu apa-apa pasal kereta. Main mesej sambil memandu adalah tak baik tapi untuk saat kritikal perlu kot. Jadi aku mesej dua orang blogger. 

Suruh check minyak hitam. Sumpah aku tak cek. Aku berhenti isi minyak dan blah. Sebab malu salah terbukak bonet bukan tempat isi minyak. Grrr.

Sampai jugak Melaka akhirnya. Aku tak sure jalan Melaka bila nak balik rumah sewa. Sebab jalan balik selalu lalu lain-lain. Kejap ikut ayer keroh, kejap ikut batu berendam, tadi ikut bukit katil. Salah masuk lorong sebenarnya. 

Aku cuak. Mana jalan yang aku biasa lalu? Aku pun nak patah balik. Jauh dah terlajak tu. Adalah 20KM. Seronok minyak penuh. Roadtax kereta tak renew lagi. Gila selamba. Yang pelik aku nampak lembu. Apakah? Highway sunyi ada lembu terkedek di atas jalan raya.

Pengsan? Tak. Kalau tak siapa nak drive?=P Yang aku tabik lembu ni pandai melintas. Dia nampak kereta aku dia duduk diam-diam. Aku tengok je. Bila aku gerak ke depan sikit, pusing belakang. Yeah dia melintas. Tengok, hebatnya ciptaan Allah. Lembu pun pandai melintas.

Manusia? Alien? Tak tahulah tu. Jadi kita kena bersyukur kita dijadikan sebagai manusia. Kita ada akal nak fikir. Kadang aku rasa nak lempang je mat rempit hingusan. Dah tahu bahaya buat jugak. Dah tu mati katak. Siapa yang malu? Mak bapak jugak. Hurmm...

Oh ya, aku kembali semula ke laluan yang benar. Akhirnya, malu duduk 4 tahun kat sini tapi tak hafal jalan haha dan boleh pulak sesat. Malu =)

4 comments:

K said...

ape ni cikgu sesat jalan, haha

p/s : alien tak melintas jalan, naik ufo :P

ishiko said...

hahaa.. saya pun sgt la fail bab jalan ni.. bawak keta je gheti.. jln xingt ^^

fRaMe+LenSeS said...

aigooo jiran.. hihihi

Diana @ BKKC said...

lembu memang jalan terkedek2 melintas jalan..tp awassss..... jgn smpai dia berpatah balik..mau terlanggar nt

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers