CORETAN TERBARU NADH

Pantang dicabar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku ni kira pantang dicabar jugak. Lagi-lagi masa kat jalan. Samseng! Sebab tu kalau drive tak suka bawak orang. Nanti dia takut. Bising manjang. Haha.

Tadi aku ingat nak konvoi dengan kawan aku dari IPG. Sebab ada taklimat praktikum. Dah tu dia lesap. Bengang jugaklah. Dahlah melaka penuh traffic light. Sabar jelah. So aku pun memecut mengejar jejak dia balik. Sampai MITC Ayer Keroh jumpa dia.

Text dia kata macam ni "Hai awek laju drive. Penat mak nak kejar,". Dia terkejut tengok aku depan kereta dia lane lain. Haha kau jangan cabar. Maklumlah janji nak konvoi. Alih-alih aku yang kena tinggal. Yang bikin aku bengang tadi sebab ada mamat dalam lori duduk atas kerusi plastik asyik tengok aku. Gelak!

How dare him! Aku nak masuk lane kanan. Sekali pakcik motor tu selit dengan memakan ruang yang banyak. Aku membebel sorang-sorang. Dia nampak kot. Tu gelakkan aku. Aku hangin! Terus pecut meninggalkan dia. Grrr.

Tapi apa yang aku buat memang tak patut dicontohi ye kawan-kawan. Risau jugak. Kita asyik tercabar nanti kita yang ter... malas aku nak sambung. Yang penting patuhi undang-undang jalanraya. Oh ya kalau janji tu buat cara janji. Ada member aku kata dia kejar BMW 5 SERIES sebab CANTIK. Semata-mata itu dia sanggup biarkan aku kat belakang. Hampeh sungguh. Haha.


7 comments:

K said...

eleh, haha XD

p/s : meh lumba :P

Unknown said...

huhu bahaya tu~

aamalinaazman said...

hayooo
mis ran...bani sungguh ang no...
aiyaakkk~

harita said...

haha . betul ke fakta perempuan pemandu berbahaya ?

mungkin sebab terasa tercabar kot . dunt wori , saya pun tersuka drive bahaya . heee

http://athirahshariffudin.blogspot.coml

Unknown said...

konon garang le tu..

Rawkzell said...

Iffah drift :D

.........cP~ said...

mak aih.. O_o takutnya dengan pemandu macam ni...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers