CORETAN TERBARU NADH

Kenapa komen itu penting?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku saja nak share pendapat aku. Jadi kalau korang tak setuju bagitau je. Mana tahu kita punya pendapat tak sama. Ye tak? Bagi aku komen sangat penting dan shoutbox amatlah aku tak suka.

1. Jejak
Bila korang komen, empunya blog akan senang jejak korang.

2. Penghargaan
Penghargaan bila empunya blog penat menaip berjela-jela last-last tak ada komen langsung. Dia anggap tak ada yang baca.

3. Meriah
Meriah blog bila ramai orang komen. Serius. Ta adalah tuan blog merepek sendiri je.

4. Berkenalan
Senang nak berkenalan dengan rakan yang lain. Walaupun bukan blogger. Kita kan kawan.

5. Kongsi pendapat
Bila pendapat anda diutarakan kat komen senang anda dan empunya blog berdiskusi. Apa yang tak puas hati.

6. Menegur
Tegur kalau-kalau empunya blog salah fakta. Kan elok kita menegur tapi biarlah dengan cara yang baik.

7. Semangat
Menaikkan semangat bila tengok ada orang komen entry tu. Berkobar penulis nak tulis lagi dan lagi sebab dia tahu ada orang menantikan penulisan dia.

8. Percambahan idea
Ini penting. Bila ada komen yang agak membina boleh membuatkan penulis memikirkan idea lain untuk entry seterusnya. Idea mana-mana boleh muncul.

9. Respon
Bila ada orang respon maknanya ada yang membaca. Tapi respon dalam bentuk komen adalah digalakkan. Bila kau menulis dan tak ada respon dari sesiapa umpama kau syok sendiri.

10. Gembira
Penulis sangat gembira bila ada orang komen. Korang pun suka kalau orang komen kan? Jadi apa salahnya menggembirakan hati orang.

Kesimpulan, korang fikirlah mana yang baik untuk korang. Kalau pendapat aku bercanggah maaflah. Korang ada apa nak tambah? Komen penting bagi aku. Weeeweeet=P

6 comments:

cintailmu89 said...

haha..betul2..komen2 ni macam nafasla dalam setiap entry..cewahhh..hihi..seronok bersembang dalam ruang komen2 nih..

Unknown said...

betul tu..mun seronok bile ada orang komen blog mun..

nanad said...

komen itu satu penghargaan :)

Asyraf Arif said...

komen itu satu laharan boleh membuat kita gelak ! haha

AI said...

- betul betul betul...
- tapi xmo la yg komen terok2, maki2, carut2 kankankan...

K said...

betul, tapi bila anon komen tu pedas.

p/s : cuba check entri lelaki gedik, ada anon baru komen T.T

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers