ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gambar. Kalau korang perasaan kat blog dan kat FB dah tak ada gambar. Ada entry lama. Tapi semua biarlah jadi kenangan. Bukan apa. Takut pakwe lama cari balik. Haha maklumlah ramai peminat. Okey berhenti merepek.
Sebab gambar perempuan akan terpedaya. Sebab gambar perempuan lupa diri. Sebab gambar fitnah bakal timbul. Sebab gambar jugak ikatan terjalin akan renggang. Semua sebab gambar. Aku dah pernah post pasal bahaya gambar.
Kadang orang kita ambil remeh. Dulu aku pun macam tu. Serius. Masa tu time birthday member. Bergambar dengan pakai baju tidur tak pakai tudung semualah. Memang happening. Ajak classmate bertudung labuh bergambar. Dia kata tak nak.
Kami kecik hatilah. Bukan selalu dapat bergambar. Rupanya dia tak nak sebab dia tak menutup aurat. Korang bayangkan dia pakai tudung dua lapis. Baju ada lining lagi. Berstokin. Ada stongan. Kain dalam segala. Baru dia bergambar. Punyalah menjaga auratnya.
Bahaya bila kita duduk tayang gambar. Minta orang komen. Kalau dapat kat lelaki miang. Di mandremnya kita. Siapa susah? Kita jugak. Dosa pun makin lama makin terkumpul sebab satu keping gambar saja. Sebab tulah bila artis bertudung dia tak nak tayang gambar lama.
Biarlah yang lama jadi kenangan. Dosa orang buat apa nak tayang-tayang. Orang yang jadi photographer pun berdosa kalau ambil gambar perempuan tak menutup aurat. Jangan pandang remeh. Kita hidup tak lama. Esok lusa mati sempat ke nak minta maaf kat semua. Semua yang tertayang gambar, tersakitkan hati.
Mana sempat. Jadi bila rasa benda tu tak perlu dan boleh timbulkan fitnah baik tak payah buat. Oh ya, sebab hal ni aku dapat kawan baru. Semoga sama-sama dapat muhasabah diri dari kejadian yang menimpa. Gambar dalam entry lama memang nak buang. Hurm.
Ps: Nak buang gambar sekarang. Hadoi!
Ps: Nak buang gambar sekarang. Hadoi!
8 comments:
uhu..setuju sangat...
Salam ..
Betul tu sis ... Kadang2 pasal tepek2 gambo ni kita suka amik mudah je kan .. Hmmm ...
nice sharing iffah
insyaALLAH akak cuba ubah..
terima kasih dik :)
=)
waa..terasa nak buang lag gambo kat Fb..huhuhu
ya...betul tu....sy pun..masa masuk u ni, ada org tegur..terus xberani dah...
btol tu..
sume gmbr nad dah privatekan..huhuhu
buang2. lalalala~
p/s : setuju sangat :)
jwbnye kne private lerrr gmbr2 tuh..
tkut gak kne mandremm..
**ad ke org nk mandrem sy nih?? haha**
Post a Comment