CORETAN TERBARU NADH

Kritikan itu penting

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila cakap pasal ni semua dah tarik muka. Yalah siapa suka kena kritik. Lagi-lagi jenis yang ego. Memang kirim salam Asyik nak marah orang. Padahal kita tegur atas kebaikan. Bukan untuk kita untuk dia jugak.

Misal kata aurat. Banyak kali tegur pun ramai yang tak nak tutup aurat. Tapi perlu ke kita berhenti menegur? Tak kan? Selagi ada daya tegurlah. Macam ayah aku. Sejak dah besar dia jarang tegur pasal agama. Solat pun kadang-kadang je dia suruh.

Aku pun manusia biasa. Kena ditegur kena dikritik. Kalau tak leka, lalai, alpa. Macam nak keluar gath tu. Ibu bising. Takut kena tipu. Tapi sebab anaknya nak sangat dan dia percaya aku. Tu aku dapat jumpa bebudak yang best tu. 

Tapi tak bermakna aku boleh jadikan tiket untuk memanjang kaki ke mana-mana. Kadang teguran atau kritikan membantu kita sedar akan salah kita. Bak kata Sunah, jadi blogger kena berani menerima kritikan. Tak kisahlah dihentam teruk pun sebab ingat ada kawan blogger lain yang akan sokong.

Tengok Papa Ben, dia asyik kena hentam je. Tapi yang menghentam berjaya ke? Tak. Senyap. Orang tak kenal. Pahala tak bertambah. Orang tak suka. Tapi Papa Ben kat mana? Masih berjuang sebagai blogger. Takkan hanya sebab semut di dalam gula, kita nak buang semua gula? Tak kan?

Jadi kritiklah aku. Aku tak minta pujian. Asyik kena puji pengsan asyik perasan je. Penat okey perasan ni. Tak suka. Haha tapi kena kutuk pun tak suka jugak. Tapi kena ada gaya nak tegur or kritik. Marah tanda sayang kan? Kritik tanda prihatin. Bagi akulah. Terpulang kat korang nak kritik macam mana.

Ps: Jom buat aktiviti kreatif untuk kanak-kanak=). Penat berfikir. Haha

4 comments:

Jer ... said...

huhu . btul2 :) , ben shaari mmg hati batu . tapi jadi cam die bagus gak :D

fRaMe+LenSeS said...

ibarat seorang sahabat Rasulullah, ditegur oleh seorang pemabuk. tapi dia amek pengajaran juga dari teguran tu. betapa merendahnya diri dia

saiazuan said...

hehe kte suka kna kutuk.. sbb kritikan tu make we better :)

sergeant keroro said...

taknak kutuk, puji memanjang boleh??

p/s : kasi perasan selalu :P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers