CORETAN TERBARU NADH

Matang tiba-tiba

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Korang pernah rasa tak? Aku selalu rasa macam ni. Dia macam tetiba je kau bertukar wajah. Jadi orang lain. Bukan dua personaliti ke apa ke. Ni kita sendiri. Macam aku. Bila berdepan dengan orang tak kenal akan jadi orang yang lain.

Er macam mana nak cerita eh. Kira jadi segan. Pendiam tak banyak cakap. Mata kalau boleh nak pandang lain je. Tu memang style aku. Tapi bila dah kenal  Kalah bisingnya jiran. Sesuai sangat kami berjiran. Memang dua-dua bising.

Tapi bukan pasal tu aku nak cerita. Pasal diri aku. Bila dilanda masalah automatik jadi serius, matang, berfikir, laras bahasa jadi lain. Semua lain. Macam educated. Pernah tak korang rasa korang tetiba je matang? Hah macam tulah aku bila berdepan dengan sedikit masalah dengan blogger umurnya jauh lagi tua dari aku.

Aku bukan apa. Aku rasa paling sopan ayat aku. Tapi bila masuk part agama, wanita aku jadi lain. Jadi serius. Matang. Rasa nak tegakkan kebenaran. Wah kira macam wirawati pulak. Sama situasinya bila kawan aku tak ada minyak hari tu. Aku pantas bertindak jadi heroin.

Aku tak tahu tu perubahan normal yang aku rasa atau luar biasa. Aku baru perasan hari ni. Boleh pulak. Yalah, kata bro dia nak tengok aku tangani problem tadi. Serius dah cuak. Yang lain nak masuk campur. Aku tak bagi. Sebab aku mulakan dan biar aku yang habiskan.

Aku rasa aku berubah sebab kawan dengan blogger educated kot. Serius rasa aku makin matang. Dulu masa hangat dilamun tetttt tak ada pulak perubahan macam ni. Kenapa eh? Aku dah matang eh? Kata si dia matang itu subjektif. Bukan semua matang pada usia yang serupa.

Bagi aku, biarlah matang. Nanti asyik jadi budak-budak orang pun meluat je. Siapa percaya aku matang? Angkat kaki!=P

5 comments:

sergeant keroro said...

angkat kaki larikkk

p/s : haha XD

aimie amalina said...

hehhe
dah boleh kawen nih!

p/s: x mnjawab soklan..hahahah =p

Jer ... said...

haha . personaliti ku berubah ... :D

Diana @ bilakukatacinta said...

erkk..miss Ran sudah matang..sukenya sis...anyway..sumtimes perlu jd matang..sumtimes perlu kebudak2budakan...cam sis yg tak sedar diri dah tua...HAHHAHAAH

sleeping_maniac90 said...

adkah sume org akn jdi mtang suatu hri?? huhuhuhuhu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers