CORETAN TERBARU NADH

Tips melupakan si dia

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sebenarnya dah buat. Tapi tak ingat kat dalam label mana. Jadi aku karang balik. Sebab? Saja. Nak jadi dr Cinta. Lawan anak murid. Haha

1. Cari keburukan dia
Kaji balik kelemahan si dia yang korang tak suka tapi korang pendam. Contoh kuat cemburu. So korang ingat dia adalah seorang kuat cemburu. Lama-lama hati korang jadi tawar nak menanti dia kembali. Bukan kejam cuma bermain dengan emosi sendiri. Kalau fikir kenangan yang indah, yang baik belaka alamatnya korang frust sampai ke tua.

2. Jangan fikir
Jangan fikir pasal dia langsung. Cuba elakkan diri. Kalau korang asyik terkenang. Macam mana nak lepaskan dia pergi? Kita kena sedar tak semua yang kita harap jadi kenyataan. Allah lebih tahu perancangan untuk sekalian hambaNya. Jangan sebab kumbang seekor. Kumbang lain jadi mangsa. Ingat pesan mak ni. Haha

3. Sibukkan diri
Korang menyibukkan diri korang. Sebab orang kalau asyik meratapi memang takkan ke mana lah. Macam lagu Apo kono eh jang tulah. Lirik terbaik untuk orang putus cinta. Erm kalau aku, aku berblog, komen-komen, layan orang. Buat ceria macam selalu. Macam tak ada apa jadi.

4. Layan orang lain
Ni betul-betul menjadi. Bukan soal setia ke tak. Ni soal hati. Hati kita kalau paksa-paksa makin lama makin parah. Jadi cuma relakskan hati. Layan orang lain. Bukan maksud suruh cari lain. Contoh, aku putus cinta. Lepas tu aku mengadu lat jiran. Ehem pinjam nama jiran jap. Haha Nadh pun dengar. Jadi pendengar yang baik. Yeke Nadh? Tetttt!!! Lama-lama aku sedar yang si dia lagi banyak kurangnya dari Nadh. Buat apa aku tangisi dia lagi. Baik aku cari yang lebih baik dari dia dan Nadh. Bukan suruh bercinta dengan pendengar tu. Cuma hati ni kena ada orang dnegar rintihan. Baru tak bengkak manjang.

Jadi bagi aku ni semua ikut individu tu. Kalau nak lupakan silakan. Kalau masih nak teringat. Nak kenang, sesiapa pun tak boleh tolong. Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasib mereka. 

Tepuk dada tanya iman. Kalau betul dia jodoh kamu, solatlah istikharah. Jangan seksa nikmat yang Allah beri dengan melakukan tindakan salah. Serius. Kita ni pinjaman je. Jangan asyik cakap, hati aku, badan aku, aku punya sukalah nak buat apa! Ingat Allah maha mendengar. Merintihlah padaNya. Itulah pendengar paling setia dan baik. 

12 comments:

Unknown said...

hahah tak menjadi jugak kalo ade perasaan syg kalopon sikit..lagikan kentut bau wangi

K said...

like seribu kali.. kalah anak murid, hehe XD

p/s : autopost la ni :P

missepafazwin said...

wah! bgus btol tip tip ni.hee :)

msredcheesecake said...

miss ran,

kalau msred buat no 1 ngan no 4 sekaligus.....hhahaaa

Halimatun Sa'adiah said...

mgadu pd allah paling baek..
hati tenang je...
insyaallah yg lebih baek bakal dtg kpd anda..

Elly Jade said...

sangat betull...akak kn iffah,masa kita gath hr 2,1 way akk nak lupakan bnda sedih.hehe
thanx iffah

Unknown said...

bukan lupa cuma tak ambik kisah je..:p

aamalinaazman said...

waaa..sume yg clas sile rujuk sini!=)

Unknown said...

pas nih kalo frust nonggeng, leh r gunakan sume tips nih.. hehehe...

hrp2 xkn mengalami situasi frust huk3..

fRaMe+LenSeS said...

woww.. menarik2.. agagagga.. :P
nak wat sambungan leh tak jiran ? :p

Muslimah Optimis said...

really like ur last para "Tepuk dada tanya iman. Kalau betul dia jodoh kamu, solatlah istikharah. Jangan seksa nikmt yang Allah beri dengan melakukan tindakan salah. Serius. Kita ni pinjaman je. Jangan asyik cakap, hati aku, badan aku, aku punya sukalah nak buat apa! Ingat Allah maha mendengar. Merintihlah padanya. Itulah pendengar paling setia dan baik. "

Yanaa said...

hehhe..btul2..yanaa sokong..=D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers