ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Susahkan bila orang tak percaya kat kita. Dalam segala jenis hubungan pun saling mempercayai tu paling utama. Kalau sibuk syak wasangka sampai bila-bila hati akan terluka dan luka dan luka lagi.
Asyik entry sedih je kalau korang perasan. Tak apalah. Tapi betul. Memang susah bila orang tak percaya. Apa yang kita nak buat? Biarkan orang tu tak percaya? Kalau sikit tak apa. Ni semua tahu yang dia tak percaya.
Aku penat berfikir. Seharian aku fikir. Kenyataan berani mati di sini jerawat sekali 3 tumbuh. Stress kot. Banyak jadi dalam dua hari ni. Soal percaya. Soal anak murid lagi. Soal blogger. Sampai aku rasa penat.
Penat nak raih kepercayaan orang. Penat nak bagi orang tahu isi hati kita. Apa minat kita. Apa aktiviti kita. Apa matlamat. Kenapa macam ni. Jangan asyik nak menuduh. Boleh jatuh hukum fitnah kalau benda tu tak betul.
Boleh aku menangis? Aku cuba tak nak beremosi. Tapi aku hanya perempuan biasa. Adakala tangisan menemani kehidupan. Jadi bagi aku percaya adalah penting dalam semua hubungan sesama manusia. Ingat, bahawa hati ni sudah terguris gara-gara sikap prejudismu=(
2 comments:
aitoo~ pliss jgn naikkan yg ke-4 eyh!
heee..chill ye..tamo sedih2..
koaaaaattttt!
sebelum kita raih kepercayaan org lain..
kita dulu kena percaya dgn diri sendiri..
yu kna tag join GA la.
http://islandgurlz88.blogspot.com/2011/07/mega-giveaway-by-yana-cik-putih.html
Post a Comment