Iffah yang kuat dah datang. Aku nak kata disebalik kekuatan yang terpamer tetap ada kelemahan. Manusia tak sempurna. Begitu juga aku. Jadi tak hairan kalau aku menangis. Bukan selalu nak jadi anak manja.
Kelemahan aku satu je. Bila ada masalah aku akan akan telefon puan pengetua. Dengar suara dia je buat aku nak nangis. Bukan sekali. Ada sekali masa aku demam aku telefon nak bagitau demam je. Tapi menangis macam mati laki.
Aura seorang ibu. Sebab tu aku jarang nak telefon kalau ada masalah. Sebab nanti cengeng. Lepas kejadian tu mula jadi bahan lawak. Malu. Haha tapikan, korang ada rasa macam tu tak? Walau anak lelaki sekalipun. Bila dengan ibu dia, dialah manusia lemah.
Jadi setiap sebalik perwatakan diri kita adalah fitrah. Jangan malu mengaku yang kita juga ada kelemahan. Aku kuat. Kuat ketawa. Kuat bercakap. Tapi tak kuat menangis. Untunglah ada yang nampak aku menangis tadi haha. :-P
Ps: Dia hampir buat aku menangis.
Published with Blogger-droid v1.7.4
8 comments:
setiap makhluk ade kelemahan masing masing ..
yaaa, kita kuat.. ira kuat makan..
ayooooooooo
kak ngohhhh
nangis gapooo
smelah,tima sdh2 kalau tepon mak mau hujan ribut taufan...hehe
sy dgn mak n ayah sy mcm tu..huhu..nk nangis..tp tak kluarkan air mata..
Msred mmg cengeng, kuat nangis... Tu pasal msred tak suka terlalu memikirkan masalah... Cari je jalan selesaikan cepat... Belajar pujuk hati sendiri...
aku nanges je ape nak malu
ai pun kuat bercakap kan.
bukan setakat banyak cakap..
suara pun kuat.
haihh..
kuat segala-galanya..hahaha
Post a Comment