CORETAN TERBARU NADH

Jodoh tu rahsia

Rahsia. Sesiapa pun tak tahu bila jodoh dia sampai. Dengan siaap dia akan kahwin. Semua tu menjadi rahsia Allah. Apabila tiba masanya barulah ia kita akan tahu. Aku bercakap pasal jodoh dengan sahabat.

Ya, selalu orang cakap tak ada jodoh. Memang betul. Kalau betul ada, insyaallah akan aku jemput korang. Jodoh ni memang tak datang sendiri. Kita kena cari. Cuma buat masa ni aku tak nak cari. Banyak lagi benda nak difikirkan.

Bukan kata nak halang takdir. Cuma bila tanggungjawab ada depan mata. Masalah kesihatan. Buat aku takut dengan diri sendiri. Umpama takut pada bayang-bayang. Sebab tu aku percaya pada jodoh. Kalau cepat datang cepatlah aku kahwin hehe.

Kawan aku masa sekolah 8 tahun dah kahwin. Masa 2004. Masa tu kitorang form 3 rasanya. Sekarang baru tahu dia masih lagi bahagia dengan suami dia. Anak pun dah dua. Anak dia mungkin boleh jadi anak murid aku tau. Terasa tua? Taklah. Dah jodoh dia sampai dulu.

Seronok pulak tengok orang bahagia macam tu. Tak apa. Janji dia jadi isteri solehah, ibu mithali. Aku cukup bangga. Korang ada kawan korang yang kahwin masa sekolah? Apapun aku percaya pada jodoh. Tak usah pertikaikan kuasa Allah. Siapa yang dah jumpa jodoh tu cepat-cepatlah menikah. Tak elok tunggu lama-lama. :-P

Ps: Dia mengada!
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

Unknown said...

hahaa..aku rasa cam dah taklama dah aku nak kawen

wanzafirah said...

jodoh tak datang bergolek kan.. huhu

Cik Tetra said...

jodoh semua Allah yg tentukan..kita hanya mampu merancang. :)

Kira Sakura said...

semoga dipermudahkanNya.. amin

AyiLarimA said...

Jodoh p'temuan segalanya di tangan Allah..
Semoga dipertemuakan jodoh yg baik..

*Peringatan : Buat diri yg sedang dilanda ujian (Mira)
:(

Mira Amirudin said...

semoga dapat jdoh yg soleh...amin ^^,

tieha ismail said...

semoga dipertemukan dgn jodoh yg baik =)

Umi Anaan said...

siapa dia yg mengada tu..huhu..

Unknown said...

betul3.jodoh itu sememangnya rahsia :D

ZianaRazali said...

jodoh tu cerminan diri kita..cepat atau lambat berdoalah..semoga kita pun bahagia macam orang lain..ramai kawan yang dah kawin..semua dah ada anak..seronok jer..suami pun sayang..kita yang kapel sejak dari sekolah ni dah bersilih ganti entah bila lah..hua3..minta Allah permudahkan segalanya..:)

fRaMe+LenSeS said...

jodoh rahsia ALLAH. nadh doakan jiran cepat tawen. nadh nak anak menakan. lalalalalala~~ :P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers