ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amboi penangan MaharajaLawak Mega terkesan kat aku. Kat Twitter orang sibuk kecoh malam tu. Tetiba aku terfikir sesuatu yang amat bermakna dalam diri ni. Huhu
Apa dia? Kadal atau Kidal? Ada yang tak tengok eh? Baiklah Kadal tu KANAN DARI LAHIR dan Kidal tu KIRI DARI LAHIR. Dulu aku seorang yang kadal. Senang cerita dominan tangan kanan. Banyak manusia tanya, sejak 27 ogos hari tu lagi.
Awak guna tangan mana?
Awak dominan tangan mana?
Yang sakit tangan mana?
Boleh ke awak menulis?
Dah lali rasanya. Lama dah benda ni buat aku terfikir. Aku kena kuat. Sebab aku seorang kadal. Aku sangat dominan tangan kanan. Tangan ni umpama nyawa aku. Sebab macam-macam aku boleh buat dengan tangan kanan berbanding kiri.
Tapi apakan daya. Semua dah tertulis untuk aku. Aku kena terima hakikat tangan kanan sakit. Keras. Tak boleh genggam. Menulis apatah lagi. Siapa tak sedih? Siapa nak sakit selama-lamanya. Bila buat fisio tangan berdarah dan sakit sangat. Bukan tak nak gerakkan tapi tak mampu. Rasa nak menangis sebab yang tanggung aku.
Sekarang aku adalah KIDAS. Kiri dari sekarang. Makan, masak, potong kuku, angkat barang. Semua kiri sekarang. Sangat kekok. Biar orang kata kiri tu kotor. Aku terpaksa endahkan sebab aku tak boleh guna tangan kanan aku. Patutkah aku terima hakikat aku kena KIDAS selama-lamanya? Serius sedih bila fikirkan.
Ps: Dia memahami akukah?
12 comments:
hayooooo
kak ngah
mungkin kidas ini akan menjadikan kamu kidal dan kadal
sape tawu kan..so, jgn putus asa taw!
atok kidal..jelesss..hahaha
aihh..watpa nk sedih bila tkar keadaan tngan tu. mgkin itu satu klebih untuk kita. tahu, ramai manusia nk plajari mnulis guna tngan kiri. tapi mreka tidak mampu. krana apabila mreka usaha, mereka tak mampu buat dan trus putus asa. jadi tuhan anugerahkan kpd kamu spuya terus guna tanpa jemu dsebabkn kamu keadaan kamu dlm hidup seharian. Tangan kiri rasanya lebih bersih dari kanan apabila mmotong sayur dan lain2..'itu satu kelebihan'
salam Iffah... dlm keadaan tangan kanan yg sakit tapi blog tetap update. fuh.. tabik spring la kat Iffah. Walaupon tangan sakit tapi idea tetap mencurah :)
aku selalu ingat~Pelangi yang indah hanya muncul selepas hujan..
* Haku langsung xde idea nak share apa-apa kat blog.. BW jer manjang..
salam..1st time dtg sini and salam kenal. Kagum saya dgn orang yang sakit tapi masih mmpu produce sumtnhg yg bagus. KIDAS ke kadal tak penting asalkan kita bersyukur dan gunakan nikmat tangan ni dgn baik.
saya kompius bdk dlm grup dlm maharaja lawak mega tu budak ke?
jap2..camne ek ko mencebok..ahaha
sayang,now u've used ur both brain..
right and left.
alhamdulillah..look at the bright side ya.. :)
dun give up!! i know u r a strong girl.sayang,apa yg kamu tgh hadapi skrg ni,jauh lebih baik dengan apa yg akak tgh face skrg :)
kidal style woo...:)
sabar no.. mungkin ada rahmat disebalik semua ini..
kidas ni cam kudung ke cmne??hehe.. jgn la sdih cmtu..huhu
~setiap yang berlaku ada hikmahnya kan..mungkin ada hikmah disebalik semua yang jadi..janganla sedih2..pikir positif k..:)
la tahzan sayang!!!
akak kidal, meyh akak ajar iffah ye? =)
kidas tu camana.skrg dominan tgn kiri bukan jadi kidal ke.
Post a Comment