Kalau korang fikirkan banyak kegunaan muka buku sebenarnya. Jangan ambil yang negatif je. Banyak je info yang berguna kat mukabuku. Orang sekarang moden. Tengok ibu aku. Sokmo online. Nak skodeng anak-anak dia.
Ibu mithali katakan. Anak bermuka buku dia pun pandai. Anak berblog dia pun baca. Err memang semua benda ada pro dan kontranya. Tapi apa yang aku nampak banyak impak positif dah melanda kat muka buku.
Contoh berleluasa ceramah agama. Siapa kata orang tak pergi masjid atau surau tak dengar ceramah? Aku layan je ceramah. Siap download lagi. Tersebar melalui muka buku kan?
Tazkirah atau peringatan tentang isu semasa juga berlambak kat muka buku. Tinggal nak baca je. Belum kira kawan-kawan yang sentiasa menegur ke arah kebaikan. Banyak kelebihan juga muka buku ni selain eratkan silaturrahim antara semua.
Jadi ambil yang jernih dan buanglah yang keroh. Ada otak boleh fikir. Jangan salahkan mukabuku kalau anda berubah negatif. Kita sudah dewasa untuk bezakan mana baik dan buruk. Jiji jangan hairan macam mana ibu aku boleh ceramah walau dalam kotak komen muka buku:-P
Ps: Dia suka jugak ceramah.
Published with Blogger-droid v1.7.4
9 comments:
betol tu,muka buku ni sumber maklumat..org yg selalu salah gunakn.
betul2..manusia yg salah gune..kalau ikut fungsi yg betul..okay sebenarnye,, :)
muka buka dah jadi berita online utk semua..:))
btul tu..apa saja social medium yg ada,jika ke arah positif kita guna mka impaknya juga positif..begitu juga sebaliknya..kakak sulong akak yg dah umur 53 pun ada fb tau..hehe
muka buku tu fb ke??
semuanya terletak pada diri sendiri..
nak amek positif ke negatif..
huhuhu
muka buku..
sebelah syurga.. sebelah neraka.. terpulang kta nk pilih yg mana.. nk carik jodoh pn bolee
yg baik, manfaatkan sebaiknya, yg bruk dijauhkan.. :) gud job!
atas kita nak jadikan dia untuk kebaikan atau sebaliknya.
Post a Comment