Kenapa mak dia kejam sangat? Kenapa tak nak bagi anak tu kat orang lain yang nakkan anak tu? Kenapa kena belah perut bayi tak berdosa tu? Kenapa tak lemaskan je dia? Bagi mati cepat dan mudah. Kenapa tak buang kat tong sampah ke apa? Kenapa?
Jawapan aku senang je. Sebab dia stress. Orang dalam keadaan tertekan tak boleh berfikir secara logik. Ya, diorang ikut kata syaitan. Sebab dia dah tak ada siapa nak bergantung harap. Dia malu nak bagitau dia mengandung anak luar nikah.
Umur? Tingkatan 4. Tapi biasalah bila emosi kuasai diri. Akal tak dapat berfungsi. Dia tak diterima keluarga lelaki yang bertanggungjawab. Dia malu. Dia tak tahu nak adukan pada siapa. Dia bersalin. Anak tak berdosa menjadi mangsa.
Kesimpulan, jauhi zina. Bahkan jangan hampiri zina. Zina banyak cabang. Jangan ingat korang cukup bijak kerana syaitan lagi bijak mengatur strategi membawa korang ke lembah zina dengan mudah. Percayalah! Justeru tu aku merayu sangat, jangan hampiri zina. Sebab setebal mana imanmu, nescaya kau juga akan terperangkap dengan godaan syaitan pabila nafsu menguasai diri. Sekian.
Ps: Harap dia pun jaga batasan pergaulan.
Published with Blogger-droid v1.7.4
11 comments:
:(
mane dpt cite nie ???
kesi zina keberangkalian tidak asing lagi bagi anak2 sekolahan zaman sekarang. punca dari berlakunya zina adalah dari didikan dan kawalan ibu bapa, pergaulan dengan teman2, serta persekitaran sekeliling. so, untuk mengelakkannya dari berlaku, always be think and keep thinking what we want to do. jangan mengambil keputusan yg mana membawa diri ke lembah dosa. emmm! '(
si bf tu pn siap gtau xnak ada anak tu..ppuan tu lg la siap kelar leher n koyakan perut budak tu..mnusia mkin lma mkin kejam..sifat insan mula hilang
emmmm
tetibe teringat ostad kejam kat cite Tahajud cinta
yg riak sgt
iman aku x lah lemah macam kau soleh
pehhhhh
ciannyela baby tu..emmm..
assalamualaikum iffah...
Nauzubillah...dua dosa besar yg harus ditanggung oleh ibu muda ini dosa zina n dosa membunuh.....
masa tengok gambar baby tuh,rasa macam nak terkam je ibu dia
kembali ke zaman jahiliyyah
ape ni?
KES KELAR BAYI.... ramai yg marah dan melenting... ramai yg menghentam dan mengutuk pelakunya. Oklah tu reti jugak nak marah bila jd cmni. Tapi puncanya pon dri kita jugak... semuanya bermula drpd zina yg berleluasa... puncanya dripada pergaulan bebas... yg asalnya bermula dripd percampuran antra laki & pompuan... kita x marah bila adik2, anak2, keluarga, dan msyrkt dok berkepit jantan betina..( xpe asal reti jga batas....????) kita pon tmpng sekaki - Islam da lama ada penyelesaiannya--->>HUDUD bg penzina
dan mungkin die lupa walau seluruh dunia membenci die,... die masih punya Allah
shian. tapi tu la. hakikat idup kan. kita yang menyusahkan yang mudah.
Post a Comment